,
Hiburan

Saya Hanya Akan Bercakap Berdasarkan Fakta, Bukan Emosi – Hafiz Hamidun

Fiza Kamarudin
21/08/2017
15:16 MYT
Penyanyi Hafiz Hamidun tampil membuat kenyataan di laman sosial Instagramnya tentang tuntutan isterinya, Joy Revfa yang memfailkan permohonan faraq nikah untuk membubarkan perkahwinan mereka, pagi tadi.
Menerusi entri yang dimuat naik Hafiz kira-kira pukul 10 malam tadi (Isnin), dia memohon maaf sekiranya membuat ramai orang ternanti-nanti kenyataan balas daripadanya mengenai perkara tersebut.
“Steady. Biar apa orang nak kata, saya hanya akan bercakap berdasarkan Fakta bukannya emosi. Maaf jika ramai yang menanti statement balas daripada saya. InsyaAllah akan saya buat satu kenyataan ringkas esok tengahari.”
Sementara itu pada ruangan komen entri tersebut sudah mula dihujani pelbagai reaksi daripada netizen.
@hidayahfaisol: Steadyla @hafizhamidun ... InshaAllah Allah mudahkan...org tak tau apa-apa yang nak menilai..hiraukan mereka...Sbb kita manusia takkan dpt puaskan hati semua... So...semoga dipermudahkan...Amin
@shiksmore: kenapa la boleh ragu-ragu? bukankah tu bisikan syaitan? kenapa la boleh abaikan isteri macam tu sedih saya dengar pasal ni..
@injectwhitestemcell: @hafizhamidun tak elok juga awk bercakap tentang pihak sana "bercakap dalam keadaan emosi".. sebab emosi tu sebahagian dari sifat fitrah manusia lebih2-lebih lagi wanita. Just respecting her as her should be..Walaupun dia seakan ada "me-negatifkan" awak, maafkan sahaja. Awakkan lebih panjang akalnya daripada seorang wanita.
@sharifahnorita: @hafizhamidun saya sgt sedih dgn apa yg berlaku. Harap sgt ada kematangan dalam urusan ini dgn kesudahan yg baik. Doa saya moga Allah tunjukkan jalan antara awak berdua kerana saya antara org yg sgt gembira waktu pernikahan tempoh hari.
@mencaricintahakiki: @hafizhamidun wanita diuji dgn hati dan perasaan ... memang ada emosi ... huhu .. rasanya baik awak muhasabah diri ... jangan tinggalkan @joyrevfa terkontang kanting... dia pun baru hijrah..banyak yg dia tak tahu... dia sedia dibimbing... jika awak sygkan dia lagi apa pun yg terjadi cuba jadi suami yg terbaek nanti.awak dah baik cuma mungkin awak belum matang.maaf sbb sy tahu sbb saya wanita yg pernah berpisah juga.dan alhamdulillah perkahwinan kedua saya Allah bagi apa yg saya tak dpt pada perkahwinan pertama.
Siti Arifah Amin, 30, atau Joy Revfa menyerahkan saman dan penyata tuntutan terhadap suaminya di Mahkamah Rendah Syariah Subang Bestari, Petaling Jaya, hari ini.
Joy yang diwakili peguam syarie, Muhammad Nur Hafiz Roslan hadir ke mahkamah ditemani ibu dan kakaknya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Kongsi Foto Hitam Putih, Kapsyen ‘Mahu Pergi Jauh’… Aweera Cetus Tanda Tanya Peminat- “Ni Yang Aku Seram Ni”

gempak
08/10/2024
04:55 MYT
Penyanyi Aweera mencuri tumpuan warganet di media sosial baru-baru ini.
Hiburan

Syaffiq Sahli Teruja Ajai Bikin Lagu, Terkejut Undian Tertinggi Gimme The Mic Global!

gempak
05/10/2024
05:50 MYT
Pelakon dan penyanyi Syaffiq Sahli teruja apabila komposer Ajai menawarkan diri untuk mencipta sebuah lagu untuknya.
Hiburan

John Legend Sifatkan Siti Nurhaliza & Yura Yunita Penyanyi Hebat, Teruja Ditemani Di Konsert

gempak
04/10/2024
15:00 MYT
Penyanyi antarabangsa, John Legend sedang mempersiapkan diri untuk konsert yang dijadual berlangsung di Sentul International Convention Centre, Bogor, Indonesia pada 6 Oktober ini.
Hiburan

Pinkan Mambo Cerai Kali Ketiga, Hobi Tak Sama Punca Berpisah Dengan Penjual Ubi Kayu

gempak
04/10/2024
08:46 MYT
Penyanyi Indonesia, Pinkan Mambo mengumumkan telah bercerai dengan suami, Arya Khan.
Hollywood

Pemenang Grammy Paksa Lakukan S*ks Bertiga, Rog*l Jurusolek Isteri

gempak
04/10/2024
06:36 MYT
Penyanyi lagu-lagu country, Garth Brooks berdepan pertuduhan merogol jurusolek yang telah bekerja lama untuk isterinya, Trisha Yearwood.
BorakSeeni