Laman Utama

“Saya Harap Berhati-Hati…”- Ziyad Kecewa Ada Pihak Guna Namanya Untuk Kutip Derma

Syafiqah Jalal
18/09/2021
04:24 MYT
Jaguh lontar peluru paralimpik negara, Ziyad Zolkefli, bimbang sekiranya ada pihak yang tidak bertanggungjawab memanipulasi dan mengeksploitasi kekalahannya dalam Sukan Paralimpik Tokyo 2020 bulan lalu untuk menjalankan kutipan derma sebagai ganjaran untuknya.
Menurut atlet berusia 31 tahun itu, tiada sebarang pihak menghubunginya biarpun sedar beberapa kempen pungutan derma telah digerakkan sejak tiga minggu lalu.
Apa yang membimbangkannya, ada pihak sanggup menggunakan namanya untuk mengutip derma sedangkan dia baru sahaja menamatkan tempoh kuarantinnya semalam.
Dalam satu temu bual bersama Nadi Arena, Ziyad berkata: "Saya sebenarnya bimbang dengan perkara ini kerana saya takut orang ramai akan kena tipu.
"Buat masa ini, saya belum membuka sebarang peti masuk media sosial, jadi saya tidak tahu sama ada mereka ada memaklumkan perkara itu kepada saya atau tidak, saya tidak tahu.
"Saya harap orang di luar sana berhati-hati kerana saya tidak ada mengeluarkan sebarang kenyataan.
"Lainlah jika mereka ada menghubungi saya atau sesuatu seperti itu, saya benar-benar tidak mendapat sebarang makluman mengenai perkara itu.
"Saya takut juga apabila mereka sudah dapat (mengumpulkan derma), tiba-tiba mereka senyap.
"Kasihan pula dekat orang yang bersimpati dekat saya. Mereka pula ditipu," katanya.
Sumber: Astro Arena
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Konsep Moden & Santai, Perkampungan Sukan Olimpik Paris 2024 Tampil Kelainan

gempak
25/07/2024
08:25 MYT
Perkampungan Sukan Olimpik Paris 2024 menampilkan kelainan dan keunikan tersendiri menerusi konsep rekaan mesra atlet.
Hollywood

Celine Dion Dibayar RM9 Juta Untuk Nyanyi Satu Lagu Di Olimpik Paris 2024

gempak
25/07/2024
00:30 MYT
Khabar angin legenda pop terkenal dunia Celine Dion akan tampil kembali di upacara perasmian Sukan Olimpik Paris, awal pagi Sabtu ini semakin bertiup kencang.
Sukan

"Mahu Lahirkan Lebih Ramai Pelumba Motosikal Negara" - M8 Pushbike, ZK Racing Anjur Pertandingan Pocketbike

gempak
21/07/2024
11:57 MYT
M8 Pushbike dan ZK Racing bakal bekerjasama mengadakan perlumbaan pocketbike berskala besar yang akan diumumkan kelak sebagai langkah mula meneruskan kesinambungan sukan dua roda ke arah permotoran.
Sukan

Pengusaha Restoran Paris Dakwa Rugi Akibat Sukan Olimpik

gempak
21/07/2024
03:50 MYT
Pengusaha restoran di Paris merungut mengenai penurunan pengunjung berhubung penganjuran Sukan Olimpik 2024, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Sukan

Ikuti Perjuangan & Misi Emas Negara Di Olimpik Paris 2024 Di Semua Platfom Astro! Setiap Aksi, Tak Kira Masa Atau Di Mana Jua

gempak
17/07/2024
07:11 MYT
Bagi meraikan kegemilangan atlit negara di pentas dunia, Astro dengan bangganya akan membawakan 18 saluran khas buat semua pelanggan Astro dalam definisi tinggi (HD).