Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

"Saya Hilang 2.5 Liter Darah" - Perit Tahan Sakit, Shima Anuar Dedah Hampir Hilang Nyawa

Amri Hassan
09/03/2022 04:47 MYT
Pelakon Shima Anuar akur dengan takdir yang tidak berpihak padanya selepas terpaksa menggugurkan kandungannya akibat hamil luar rahim baru-baru ini.

BACA: "I Lost My Baby... " - Shima Anuar Selamat Dibedah Kerana Hamil Luar Rahim, Masih Dirawat Di ICU

Menceritakan semula pengalaman yang hampir meragut nyawanya, Shima yang masih berdepan kesakitan selepas dibedah dan dirawat di Unit Rawatan Rapi memberitahu dia kehilangan 2.5 liter darah.

"Doktor cakap, saya hampir kehilangan nyawa. Saya mengalami kekurangan darah sehingga 2.5 liter. Tekanan darah saya 60/30 dan wajah saya kelihatan sangat putih dan pucat.

"Tetapi saya sangat berterima kasih pada Dr. Susanna yang merawat. Ia adalah satu pengalaman yang mengerikan, memang sakit sangat-sangat.

"Sampai tak boleh bergerak, tak boleh bercakap. Selepas proses pembedahan selesai, saya dah tak respons, doktor beritahu. Disebabkan itulah, kena masuk unit rawatan rapi (ICU) dan buat pemindahan darah," ujarnya.


Perit menanggung sakit, tambah Shima lagi dia menganggap segala yang berlaku punyai hikmah dan menerima ujian itu dengan berlapang dada.

"Tetapi, syukur Alhamdulillah, sekarang semuanya selamat. Cuma sakit itu masih ada. Kena potong di tempat jahitan luka pembedahan Czer dulu. Tapi sakit sekarang lagi sakit daripada Czer itu.

"Namun tak apalah. Anggap saja ini ujian dan dugaan. Saya reda.

"Sekarang ini tak sabar nak balik rumah jumpa Sophia dengan Adik. Sekarang kita teruskan panggil Imaan adik sajalah sebab baby adik dah tak ada," katanya.

Untuk rekod, Shima telah berkahwin dengan usahawan Mohd Solih Toha pada April 2017 dan dikurniakan dua cahaya mata Marian Sophia, 3 dan Mikhael Imaan, 2.

#pelakon #Viral #Shima Anuar #Gugur #ICU #Darah #Hamil Luar Rahim
;