,
Hiburan

Saya Kisah Orang Suka Cuit Yusuf - Hanis Zalikha

Syafiqah Jalal
09/03/2017
11:09 MYT
Pelakon dan pengacara Hanis Zalikha mengakui sangat menitik beratkan faktor keselamatan anaknya, Yusuf Iskandar terutama apabila berada di kawasan publik.
Tegas Hanis, 27, kerisauan itu bukan disebabkan status Yusuf selaku anak selebriti tetapi faktor kebersihan dan keselamatan seorang bayi yang masih kecil.
"Memang saya kisah apabila orang suka mencuit anak saya ketika berada di luar rumah. Kalau bukan anak selebriti pun, saya sebagai seorang ibu akan berjaga-jaga daripada berlaku perkara tidak diingini.
"Tetapi saya tidak pernah menghalang peminat bergambar dengan Yusuf, bergantung pada tempat dan keadaan.
"Cuma saya jarang membawa dia ke khalayak ramai, kebanyakan masanya berada di rumah atau di pejabat saya," katanya yang ditemui pada majlis Tayangan Istimewa Cerita-cerita Didi & Friends di TGV Cinemas, Sunway Velocity, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Yusuf yang kini berusia sembilan bulan sudah memiliki pengikut laman sosial Instagram seramai 1 juta.
Sementara itu, selaku salah seorang daripada selebriti cilik paling popular di Malaysia, Hanis memberitahu dia tidak menggalakkan anaknya bekerja pada usia muda.
"Kami tidak menggalakkan Yusuf bekerja pada usia muda dan kami mendidik dia seperti bayi biasa. Memang ada tawaran untuk menjadi duta produk dan melakukan sesi fotografi, namun kami akan mempertimbangkan terlebih dahulu mengikut kesesuaian masa dan keselesaannya," tegasnya.
Bagaimanapun pasangan itu tidak menghalang sekiranya Yusuf berminat dalam bidang seni apabila dewasa kelak.
Hanis kini meluangkan lebih waktu membesarkan anaknya. Tambahnya;"Saya mahu melihat dia (Yusuf) membesar di depan mata dan tidak mahu melepaskan peluang itu walau sesaat. Setiap detik bersamanya membuatkan saya rasa gembira."
Kali terakhir Hanis muncul dalam drama bersiri Ku Tinggalkan Cinta di Okinawa bersama Sharnaaz Ahmad dan Mimi Lana selain mengacarakan program Raikan Cinta.
Teks oleh: Amri Hassan Kredit foto: IG @theyusufiskandar, IG @haniszalikha
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Dapat Tajaan 700 Paket Gula, Pengarah Teater ‘Dang Anum (The Untold Story) Terharu Hairul Azreen & Hanis Zalikha Turut Beli Banyak Tiket Korporat

gempak
27/09/2024
05:55 MYT
Dalam usaha mendapatkan penaja wang ringgit untuk menampung kos pementasan Teater Dang Anum (The Untold Story), pengarah, Amirul Haswendy Ashari, mengakui ada juga pihak yang berhasrat menaja gula paket.
Hiburan

Lee Zii Jia Hadiahkan Raket Kepada Hairul Azreen - "Ini... Framelah!"

gempak
13/08/2024
02:46 MYT
Jaguh badminton negara Lee Zii Jia tampil lagi dalam hantaran di media sosial milik pelakon Hairul Azreen.
Hiburan

"Saya Puji Orang Yang Terus Tahu Dia Nak Ada Anak Atau Tidak” - Hanis Zalikha Kongsi Pandangan Tentang Childfree

gempak
17/06/2024
08:55 MYT
Pelakon dan personaliti media sosial, Hanis Zalikha berkongsi pandangannya mengenai anak-anak selepas menerima satu soalan di Instagram miliknya.
Viral

Dah Anggap Macam Keluarga, Instafamous Tak Sangka Anak Didera Pengasuh

gempak
30/03/2024
20:55 MYT
“Harapkan pagar, pagar makan padi,” itulah peribahasa yang sesuai diungkapkan dalam situasi seorang pempengaruh Instagram apabila anaknya yang ditinggalkan bersama pengasuh didera sehingga mengalami kecederaan pada kepala, mata dan telinga. Kes yang berlaku di Indonesia itu dikongsikan sendiri oleh ‘influencer’ berkenaan, Emy Aghnia di mana dia m
Laman Utama

“ACL kanan 2014, ACL kiri 2023…” - Hairul Azreen Selamat Jalani Pembedahan Lutut

gempak
17/02/2023
02:00 MYT
Semoga cepat sembuh
BorakSeeni