Hiburan

"Saya Kongsi Dekat Media Sosial Saya Tak Kacau Orang Lain Pun " - Risteena Bidas Netizen Yang Kecam Kisah 'Hilang' 30 Minit

gempak
Zulaikha Yusof
21/05/2020
03:20 MYT
Sponsor Banner
"Saya Kongsi Dekat Media Sosial Saya Tak Kacau Orang Lain Pun " - Risteena Bidas Netizen Yang Kecam Kisah 'Hilang' 30 Minit
Pelakon Risteena menyelar warganet yang tidak berpuas hati dengan setiap perkongsian di media sosial miliknya.
Ketika dihubungi Gempak, Risteena menegaskan dia berhak untuk berkongsi apa saja selagi tidak memburukkan orang lain.
"Saya kongsi dekat media sosial saya tak kacau orang lain pun. Memang platform itu untuk dikongsi pasal kehidupan, kerjaya, keluarga dan tunang saya.
"Yang saya tak faham orang yang tak mengikuti yang sakit hati dengan posting saya. Bagi saya, selagi tak kongsi perkara yang menggangu, burukkan orang lain, kacau laki orang ke takpa. Kalau buat memang patut dikecam.
"Tapi saya buat hal sendiri pun orang kecam, tak faham la. Saya takda pun kongsi kat tempat lain selain media sosial sendiri.
"Semua orang ada hak masing-masing apa yang dia nak kongsi. Malah bebas untuk muat naik apa saja kat halaman sendiri.
Kenapa saya ada benda tertentu sahaja boleh dikongsikan. Itu sekadar perkongsian untuk saya ingati momen tu dalam hidup saya, tidak ada langsung kena mengena dengan sesiapa pun," katanya.
Pemilik nama Nur Risteena Munim tidak menyangka terdapat segelintir netizen sanggup mendoakan yang tidak baik walaupun tidak mengenali dia secara peribadi.
"Manusia tidak sempurna tapi saya tak sangka ada manusia yang sehingga tahap mendoakan dan bercakap perkara yang tidak baik.
"Padahal saya tak pernah kenal mereka, tak kacau dan tak pernah burukkan pun. Jadi dari situ saya mengenali pelbagai jenis manusia yang ada zaman sekarang. Yang mungkin saya tak tahu dan tak pernah nampak," katanya lagi.
Dalam pada itu, pelakon yang mencipta populariti menerusi drama, Playboy Itu Suami Aku menyatakan tunangnya, Isa Khan seorang yang mengambil berat bukan untuk dirinya saja malah seluruh ahli keluarga.
"Isa memang seorang yang ambik berat pasal saya. Malah seluruh keluarga dia dan keluarga saya. Begitu juga dengan saya. Sama jugak.
"Saya balik lewat malam haritu, dan dia risau sekiranya ada apa-apa terjadi memandangkan kereta tak banyak atas jalan. Dia risau saya mengantuk ke apa.
"Bagi saya risau macam tu normal. Siapa pun akan timbul perasaan macam tu kalau melibatkan orang yang kita sayang atau keluarga kita. Kalau orang tak risau tu yang tak normal," kata Risteena.
Terdahulu, Risteena berkongsi keadaan Isa yang panik selepas dirinya tidak dapat dihubungi kira-kira setengah jam.
BACA: Isa Khan Susah Hati Risteena 'Hilang' Selama 30 Minit, "Tunang Saya Fikir Kena Culik Atau Ragut"
Risteena, 31, dan Isa, 27, telah selamat mengikat tali pertunangan pada 23 November lalu ketika bercuti di Bali, Indonesia.
Terdahulu, hubungan mereka sudah dihidu umum, namun masing-masing mengunci mulut sebelum mengesahkan status perhubungan mereka menerusi satu sidang media pada 6 Disember tahun lalu.
Risteena sepatutnya bertunang bersama pelakon Ikhwan Khairudin, 29, pada 19 Oktober lalu, namun hubungan mereka putus di tengah jalan.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024