Laman Utama

“Saya Kurus Bukan Sebab Makan Hati… Sebab Kalau Ikut Makan Hati, Dah Lama Saya Kurus” - Sera

gempak
Izwan Isa
26/07/2022
04:59 MYT
Sponsor Banner
“Saya Kurus Bukan Sebab Makan Hati… Sebab Kalau Ikut Makan Hati, Dah Lama Saya Kurus” - Sera
Isteri kepada Shuk Sahar, Rossa Sera mengakui yang penurunan berat badannya tidak ada kena mengena dengan polemik rumah tangga yang dihadap sejak kebelakangan ini.
Sera berkata, dia kini mempunyai lebih banyak masa untuk menjaga diri dan penampilan selain menguruskan gaya pemakanan yang lebih sihat.

Bukan makan hati

“Eh, saya kurus bukan sebab makan hati. Sebab kalau ikut makan hati, dah lama saya kurus. Buat masa ini, saya mempunyai lebih masa untuk diri sendiri. Jadi, saya ambil peluang itu untuk jaga makan, diri dan penampilan.
“Tambahan pula, saya mengambil suplemen BerryFull, jadi ia sangat membantu saya untuk menurunkan berat badan. Dahulu berat saya sekitar 60 kilogram. Selepas amalkan suplemen berkenaan, berat jadi 49 kilogram,” katanya kepada Gempak.
Sera ditemui pada majlis Meet And Greet Face Of Inayah Beauty di ibu kota semalam.

Balas dendam

Dalam pada itu, Sera turut menolak usaha untuk menurunkan berat badan bukan disebabkan untuk ‘membalas dendam’ terhadap apa yang berlaku dalam hidupnya.
“Ini bukanlah revenge body. Saya tidak mahu membuktikan apa-apa. Cuma saya sudah tidak ada masa untuk memikirkan hal-hal negatif buat masa ini dan mahu buktikan yang sebenarnya saya mampu untuk kembali seperti dulu.
“Kadang-kadang ada juga orang salahkan saya sebab dah jadi begini baru nak jaga badan, tapi saya buat bodoh saya. Saya tak baca komen-komen sebegitu,” ungkapnya.

Senang turunkan berat

Ditanya adakah sukar untuk menurunkan berat badan, Sera menjawab: “Sebenarnya tidak sukar untuk menurunkan berat badan. Sebab sebelum ni, orang tu suka makan malam. Saya akan tunggu dia pulang sebab dia ajak makan sekali.
“Saya bukanlah jenis makan banyak. Jadi, apabila dia sudah tiada, saya tidak perlu tunggu sesiapa pada waktu malam untuk makan bersama dan terus masuk tidur.
“Bagi saya semua wanita itu cantik. Apa yang penting hati kena tenang dan apabila sudah tenang, kita mampu untuk fokus dan aturkan aktiviti seharian,” katanya sambil mengakui anak-anaknya turut berasa gembira melihat perubahannya.
Sera dan Shuk mendirikan rumah tangga pada 2015 dan mempunyai dua orang anak iaitu Nur Qurratu Ain, 5, dan Nur Assyifatu Aimi, 2.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live