Pelakon Fizz Fairuz akui lebih gemar isterinya, Almy Nadia menjaga dan membesarkan kedua-dua anaknya, Nur Afrina Arianna, 2, Aurora, 8 bulan di rumah.
Fizz berkata, dia bimbang untuk meninggalkan anak-anaknya dengan pembantu rumah dalam tempoh masa yang lama.
"Alhamdulilah anak saya membesar dengan sihat dan bijak di bawah jagaan Almy.
"Saya lebih suka Almy sendiri yang menjaga anak saya di rumah, berbanding menyerahkan tugasan itu kepada pembantu rumah.
"Pembantu rumah sekarang pun sukar hendak dipercayai kerana banyak kes yang membimbangkan saya.
"Jadi saya mahu Almy selesaikan tugasan di rumah manakala saya sahaja yang keluar bekerja.
"Kalau ikutkan, Almy memang hendak kembali berlakon tetapi dia pun kasihankan anak-anak masih kecil dan menyusu badan.
"Mungkin bila anak-anak sudah besar dia akan pertimbangkan," katanya kepada Astro Gempak.
Fizz ditemui ketika program amal, Kembara Amal Kasih di Jerantut, Pahang pada Selasa.
Fizz bersama lebih 20 selebriti dan juga sebuah pertubuhan bukan kerajaan, Amaleens menjayakan program amal tersebut selama dua hari iaitu pada 15 dan 16 Mei lalu.
Amaleens mengatur lawatan ke daerah berkenaan bagi menyantuni penduduk-penduduk daif dan golongan Asnaf di Jerantut dengan tujuan menyalurkan derma yang telah dikumpulkan hasil sumbangan individu.
Meskipun sedang sibuk menjalani penggambaran filem Munafik, Fizz akui gembira dapat menyertai kembara amal berkenaan.
"Saya gembira dapat meramah mesra dengan penduduk disini dengan menyertai aktiviti sukan rakyat selain menyalurkan bantuan kepada yang kekurangan.
"Saya rasa aktiviti ini perlu diadakan lagi supaya sumbangan dapat disalurkan ke pihak yang memerlukan.
"Selepas ini saya akan kembali ke set filem Munafik untuk meneruskan penggambaran," katanya lagi.
Antara artis yang menyertai rombongan tersebut ialah Datuk Hattan, Datuk Nash, Datuk Khatijah Ibrahim, Datuk Ziela Jalil, Datin Nina Juren, Aaron Aziz, Maya Matahari, Salwa Abdul Rahman dan Datuk Seri Shah Rezza.
Teks oleh: Syafiqah Jalal
Syafiqah Jalal
Wed May 17 2017

![[EPISOD PENUH] Jodohku Babysitter - EP1 [EPISOD PENUH] Jodohku Babysitter - EP1](https://resizer-vortals.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/360/1976828/thumbnails/5746395721657126258295_640x390.png)
[EPISOD PENUH] Jodohku Babysitter - EP1
Kisah tentang Adam duda anak tiga setelah bercerai dengan bekas isterinya, Ika yang curang dengan kawan baik Adam iaitu Amri. Sedih dan sakit hati dengan bekas isterinya, Adam bercadang tidak jatuh cinta lagi dengan perempuan lain tetapi kehadiran Adel yang menjadi pengasuh kepada anak-anaknya telah merawat luka dihati Adam dan anak-anaknya. Cinta pandang pertama? Karut! #JodohkuBabysitter, setiap Isnin – Khamis, 10 malam di Astro Ria dan strim di Astro GO. Dapatkan #PekPrimary hanya RM59.99! Whatsapp “Nak Astro” ke 03-9543 3838
_1.jpg?ext=.jpg)
“Indah Khabar Dari Rupa…” – Wanita Dakwa Pencarian Wajah Baru Rizman Ruzaini Hijab Hanya Scam?
Takkanlah Rizman Ruzaini nak scam orang

Dendam Madu | The Maid 2 - Episod 1
Jay dan Qina rasmikan resort manakala Suhana, Kak Mel, Nadia dan Fika pergi ke resort itu dengan satu perancangan jahat. Mereka terserempak dengan Remy, yang kini bekerja sebagai ketua pengawal! Saksikan drama bersiri THE MAID 2, Cinta Dirampas, Dendam Dibalas setiap Rabu jam 9.30 malam di Astro Ria. Anda juga boleh strim di Astro Go dan On Demand. Dapatkan #PekPrimary hanya RM59.99! Whatsapp “Nak Astro” ke 03-9543 3838 #DramaTheMaid2 #CintaDirampasDendamDibalas #GempakOriginalSeries #AstroRia

Kematian Jay | The Maid Confession Video - Episod 1
Jay sudah mati dan keadaan jadi kecoh. Semua bekas isteri Jay beriya-iya tak mengaku mereka yang bunuh tetapi Qina pula sebaliknya. Saksikan The Maid Confession Video setiap Rabu jam 10 malam di semua platform Astro Gempak! Saksikan drama bersiri THE MAID 2, Cinta Dirampas, Dendam Dibalas setiap Rabu jam 9.30 malam di Astro Ria. Anda juga boleh strim di Astro Go dan On Demand. @sherry_alhadad @eina_azman @ezzatyabdullah @normanhakim_786 @marshamilan @kidkylo @iedamoin79 @aniqshr @yunarahim @seanlje @hazeeqdean Dapatkan #PekPrimary hanya RM59.99! Whatsapp “Nak Astro” ke 03-9543 3838 #DramaTheMaid2 #CintaDirampasDendamDibalas #TheMaidConfessionVideo #GempakOriginalSeries #AstroRia
.jpg?ext=.jpg)
Gagal ‘Ditemui’ Pihak Berkuasa, Ricky Martin Muncul Nafi Pukul Pasangan
Beberapa hari lalu heboh berita penyanyi Ricky Martin dikehendaki pihak berkuasa kerana melakukan keganasan rumah tangga atau memukul pasangannya.

Yoe & Asif Serasi, Mudah Ikut Kehendak Pengarah - Penulis Skrip 35mm
Memang terbaik!

Tak Puas Hati Diceraikan & Kahwin Baru, 3 Bekas Isteri Rancang Bunuh Jay?
Alamak apa jadi dalam The Maid 2 kali ini?

Kerajaan Negeri Pertimbang Lokasi Penggambaran Filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan Jadi Destinasi Pelancongan
Moh le ke Perak.

Tiket Sold Out, Ruffedge Buktikan Masih Berbisa! Bakal Keluar Album Baharu
Hebat dan bertenaga!

“Nafasnya Makin Susah, Jantung Berdegup Kencang” – Tya Arifin Berdepan Detik Cemas, Terus Bawa Anak Dapatkan Rawatan
Kalau anak ada simptom pelik, terus bawa jumpa doktor tau.