Tular satu video dimuat naik di Instagram World Of Buzz dipercayai penumpang LRT Pudu mengalami ketakutan selepas kereta api menjadi panas akibat bangunan yang sangat hampir terbakar.

Bayangkan situasi yang menakutkan itu terpaksa ditanggung oleh penumpang LRT laluan Sri Petaling.

Difahamkan, video itu yang memperlihatkan penumpang LRT terkejut melihat keadaan bangunan terbakar dikongsikan oleh netizen yang menggunakan akaun XiaoHongShu.

“Mengenai kebakaran Pudu semalam (18 Jun). Saya dalam perjalanan pulang dari Pudu menuju ke Chan Sow Lin pada jam 8.13 malam, malam tadi.

A post shared by WORLD OF BUZZ (@worldofbuzz)

“Semasa saya berdiri dan memegang pegangan tangan, tiba-tiba saya melihat kilat merah dari sebelah bertentangan. Saya hanya dapat melihat api semakin menghampiri kami.”

“Ia mengambil masa beberapa saat. Seluruh kereta tiba-tiba menjadi sangat panas dalam beberapa saat kerana suhu tinggi (dari kebakaran). Penumpang di seberang sana ketakutan dan segera berdiri.”

Kerana terlalu terpegun dengan adegan yang dilihat, mereka hanya sempat mengeluarkan telefon dan merakam 3 saat terakhir kejadian itu.

“Pada masa saya sedar dan mengambil telefon saya untuk mengambil video, ia sudah separuh jalan. Tetapi, kebakaran dan LRT itu sangat dekat, dan (ia) menakutkan. Tonton video dan anda sepatutnya tahu perasaan itu,” kongsinya.

Bagaimanapun, sehingga artikel ini ditulis, tiada sebarang laporan mengenai insiden tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Terkini: Taman Tema Genting Highlands Dilapor Terbakar

ARTIKEL BERKAITAN: 1,000 Haiwan Eksotik Rentung, Pasar Minggu Chatuchak Terbakar

ARTIKEL BERKAITAN: Billboard Terbakar, 9 Pekerja Warga Asing Berjaya Diselamatkan

ARTIKEL BERKAITAN: Gara-Gara Dengar Lagu Pulangkan, Individu Dedah Rakan Sebilik Mimpi Dirinya Muncul Dengan Wajah Seperti Terbakar, Pakai Baju…