Hiburan
"Saya Mahu Bersaing Dengan..." - Ini Cara Amir Hasan Dalam Big Stage 2020!
Penyanyi dan peserta Big Stage 2020, Amir Hasan lebih selesa untuk tidak bersaing dengan mana-mana peserta lain dalam pertandingan itu, sebaliknya hanya bersaing dengan dirinya sendiri.
Menurut Amir, cara itu mampu membantu untuk memperbaiki kesilapan terdahulu dan mempertingkatkan prestasi dirinya.
"Bagi saya, dalam pertandingan ini, lebih baik saya bertanding dan bersaing dengan diri saya sendiri daripada bersaing dengan peserta lain.
"Bukan apa, dengan cara ini, saya dapat memperbaiki kesilapan lepas dan lakukan yang lebih baik, biarlah saya lawan diri saya yang lama daripada nak berlawan dengan peserta lain," katanya kepada Gempak baru-baru ini.
Tambah Amir, dia sedar akan potensi beberapa peserta lain yang lebih berpengalaman daripadanya, namun dia tetap akan berusaha untuk mencipta kejayaan.
"Saya sedar saya tidaklah sehebat beberapa peserta yang lebih berpengalaman daripada saya, tetapi apa yang boleh saya lakukan adalah usaha hingga berjaya.
"Kalau diikutkan, semua peserta lain adalah pesaing saya, tapi tidak mengapa, saya tak mahu terkejar-kejar untuk bersaing dengan peserta lain," katanya lagi.
Juara Big Stage 2020 akan membawa pulang wang tunai RM100,000, tempat kedua dan ketiga bakal meraih RM50,000 dan RM25,000.
Big Stage 2020 akan memulakan konsert pertamanya secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 16 Ogos 2020, jam 9 malam di saluran Astro Ria HD (104) dan Astro Ria (124).
Must-Watch Video