Setiap kali tibanya bulan Ramadan, pasti ada antara kita yang perasan sesetengah daripada golongan artis tampil dengan imej berhijab sebagai tanda menghormati bulan yang mulia ini.

Bahkan perkara itu juga yang turut dilakukan oleh selebriti media sosial, King Coco apabila dilihat memuat naik beberapa posting yang memaparkan dirinya menggayakan hijab beberapa hari ini di Instagram miliknya.

Tidak mahu imej tersebut disalah erti netizen yang mungkin menyangka dirinya sudah melakukan penghijrahan, King Coco atau nama sebenarnya Marshaira Ismail, 22, tampil membuat penjelasan.

"Jangan salah faham. Saya masih belum bertudung sepenuhnya. Insya-Allah saya sedang bertatih. Insya-Allah doa yang baik-baik ya.

"Dikesempatan bulan puasa ini kita cuba-cuba dulu. Insya-Allah doa yang baik," katanya.

Perkara itu dikongsikan King Coco menerusi satu entri yang dimuat naik di Instagram Story miliknya.



Terdahulu, King Coco memuat naik gambar dirinya mengenakan busana berwarna hitam yang dipadankan dengan tudung bermotifkan corak putih-hitam.

Dalam satu entri berasingan, King Coco turut mengenakan tudung sama yang digayakan bersama busana berwarna merah.

A post shared by KING COCO ? (@k1ngcoco_1) on


A post shared by KING COCO ? (@k1ngcoco_1) on


Bagaimanapun, kesemua postingnya itu ditutup ruangan komen.

Sebelum ini, King Coco juga pernah mencuri tumpuan apabila dirinya dilaporkan mula menceburi dunia politik selepas memenangi jawatan Ketua Srikandi Bersatu Bahagian Bagan Serai, Perak.

BACA: “Harap Dia Jadi Pemimpin Yang Kelakar” – King Coco Curi Perhatian, Menang Jawatan….


Kehadiran King Coco pernah mendapat perhatian netizen di media sosial selepas gelagatnya yang bertutur pelat bercampur loghat Bahasa Inggeris menjadi tular.

Apapun, pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan 'sanitizer', kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah COVID-19!