VIRAL
“Saya Masih Hormat Dia Sebagai Ayah Yang Baik & Bertanggungjawab” - Cik Epal Tak Mahu Keruhkan Keadaan
Pempengaruh media sosial dan usahawan, Cik Epal mengakui masih menghormati Jofliam sebagai suami walaupun berdepan dengan masalah rumah tangga.
Bapa yang baik & bertanggungjawab
Cik Epal menerusi hantaran terbaharu di akaun Instagram menyatakan Jofliam merupakan seorang bapa yang baik dan sangat bertanggungjawab kepada dua mereka iaitu Han serta Yuki.
Terdahulu, pempengaruh dan usahawan Jofliam tampil meluahkan rasa kecewa kerana telah difitnah curang.
Menerusi perkongsian di Instagram Story, Jofliam berkata, semuanya berpunca apabila dia membawa staf wanita bernama Dewi dan pasukan pizzanya ke Jepun.
Malah, bapa dua anak itu turut mendedahkan salah seorang staf telah menuduh dia berlaku curang terhadap isterinya, Cik Epal.