Gaya Hidup

Isu Stroller Harga RM3,000: Instafamous Cik Epal & Suami Dedahkan Tiga Nama Netizen Yang Bakal Disaman

gempak
Azwa Rahman
05/07/2019
09:02 MYT
Sponsor Banner
Isu Stroller Harga RM3,000: Instafamous Cik Epal & Suami Dedahkan Tiga Nama Netizen Yang Bakal Disaman
Personaliti media sosial, Cik Epal dan suami Jofliam bakal mengemukakan saman terhadap tiga individu yang dikatakan telah meninggalkan komen berbaur fitnah di Twitter.
Menerusi siaran langsung di laman Instagram miliknya semalam, mereka mengumumkan tiga nama individu yang bakal disaman.
“Tindakan saman-menyaman ini bukan satu perkara yang memalukan. Saya sendiri menjemput individu tersebut untuk pergi ke satu platform yang betul untuk dia juga membela diri dan menyatakan perkara yang benar," kata peguam yang mewakili pasangan itu di Instagramnya semalam.
Terdahulu, Cik Epal menerusi satu entri di Instagramnya menyatakan dia bakal melakar sejarah di Malaysia dengan menyaman mulut-mulut puaka di Twitter.
Di Twitter, ramai yang menunjukkan tanda sokongan dan solidariti buat tiga pengguna Twitter popular yang berhadapan dengan tindakan saman terbabit.
Ada juga yang baik hati mahu memberikan nasihat berkaitan hal perundangan percuma kepada tiga individu terbabit.
Isu ini timbul gara-gara kisah sebuah stroller yang berharga RM3,000.
Cik Epal mendedahkan suaminya, membeli sebuah stroller baru kerana tertinggal stroller lama di rumah dan tidak mahu membuang masa untuk patah balik mengambil stroller terbabit.
Tindakannya berkongsi kisah itu nampaknya menerima kecaman netizen sehingga ada yang menggelarnya sebagai riak.
Siara langsung pengumuman isu saman-menyaman itu telah mendapat hampir 12,000 tontonan.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live