Laman Utama
"Saya Masih Struggle Untuk Berubah..." - Tampil Minta Maaf, Zarina Anjoulie Mahu 'Heal' Dengan Tenang
Pelakon Zarina Anjoulie tampil meminta maaf kepada semua di atas ketidaksempurnaan dirinya.
Kata Zarina atau mesra dengan panggilan Anju itu berkata dia masih mencuba untuk berubah menjadi baik dan berharap ada yang boleh menerima diri seadanya dan ikhlas.
"Anju minta maaf pada semua pihak ya. Saya minta maaf saya tak cukup sempurna...
"Saya masih struggle untuk berubah perlahan lahan...satu hari ada yang boleh terima saya seadanya dengan ikhlas," katanya.
Anju berkongsi luahan hatinya di satu hantarannya menerusi InstaStory di akaun Instagram miliknya.
Sejak kelmarin kecoh apabila dia dan tunangnya Datuk Seri Khazrul Elzey didakwa sudah pun putus tunang.
Semuanya gara-gara Anju ada memuat naik status di Instagram miliknya dengan menyatakan dia sedang ‘broken’ tetapi masih bertahan.
Tambah Anju lagi buat masa ini, dia mahu diberikan ruang untuk mengubati lukanya dengan tenang.
"Let me heal in peace ya... I love you guys so much
Sementara itu menjengah di kemas kini IG dan TikTok miliknya dilihat seperti dia telah memadam semua gambar dan video yang memaparkan dia dan kekasihnya.
Terdahulu, pasangan ini pernah berkongsi saat-saat mereka di butik pengantin dengan memaparkan Anju sedang diukur badannya oleh seorang pereka fesyen untuk tempahan baju pengantin di sebuah butik
Malah pasangan ini juga difahamkan sudah mengikat tali pertunangan dan sepatutnya bakal melangsungkan perkahwinan dalam masa terdekat.
Must-Watch Video