Hiburan

Saya Masih Waras Untuk Jalin Hubungan Dengan Suami Orang - Ruhainies

gempak
Ahmad Shah
22/07/2016
06:49 MYT
Sponsor Banner
Saya Masih Waras Untuk Jalin Hubungan Dengan Suami Orang - Ruhainies
Aktres jelita, Ruhainies menafikan dia mempunyai hubungan istimewa dengan suami kepada penyanyi Adira, Datuk Seri Adenan Abu atau Datuk Red.
“Ya, saya mengakui yang saya ada berjumpa dengan dia di Pavilion. Saya berjumpa dengannya atas urusan kerja. Sebelum ini, saya pernah bekerjasama dengan dia menerusi sebuah video sempena Aidilfitri.
“Namun begitu, saya tidaklah berjumpa dengan dia secara berseorangan. Saya ditemani pembantu peribadi saya dan rakan-rakannya. Termasuk Datuk Red, kami semua enam orang. Saya juga turut memuatnaik video saya di Pavilion bersama mereka.
“Adik saya juga turut serta dalam pertemuan tersebut tetapi dia keluar terlebih dahulu kerana ada temujanji bersama rakannya untuk menonton wayang,” jelas Ruhainies kepada Astro Gempak.
Menyangkal dakwaan yang mereka mempunyai hubungan istimewa, Ruhainies menjelaskan yang isteri pertama Adenan turut mengetahu tentang perkara ini.
“Saya dengan dia berhubungan atas dasar kerja sahaja, tiada apa yang istimewa disebalik perkara tersebut. Isteri pertama Adenan, Datin Red juga tahu tentang perkara ini.
“Jika benar sekali pun saya mempunyai hubungan dengan Adenan, takkan kami memilih tempat tumpuan orang ramai seperti Pavilion untuk bertemu? Saya tidaklah senaif itu untuk bercinta dengan suami orang dan pergi dating di Pavilion,” katanya.
Menjelaskan mengenai sekeping gambar di hujung video yang memaparkan Datuk Red memeluk pinggan Ruhainies, adik kepada pelakon Risteena Munim itu mengakui yang dia tidak sedar dengan perkara tersebut.
“Sejujurnya, saya tak menyedari perkara tersebut. Saya tak rasa apa-apa pun. Saya rasa seperti diperangkap dan kemungkinan ada unsur sabotaj di sebalik semua ini.
“Takkan saya mahu membiarkan suami orang memeluk pinggang saya di pusat membeli belah tumpuan orang ramai seperti di Pavilion? Saya masih waras dan tidak mempunyai hubungan istimewa dengan suami orang,” katanya lagi.
Terdahulu, portal hiburan mStar memuatnaik rakaman video bertajuk ‘Suami Artis Kantoi Dating Pelakon Baharu’ dan individu dalam video tersebut dipercayai Ruhainies dan Datuk Red.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024