Pelakon Dayana Roza mengakui selesa berkawan dengan golongan 'Mat Motor’.
Selain selesa berkawan dengan mereka, Dayana juga berpendapat golongan tersebut tidak seperti yang digambarkan oleh masyarakat.
”Mereka ni sebenarnya bukan jahat seperti yang orang di luar sana fikirkan.
”Sebenarnya mereka sangat baik dan mempunyai nilai persahabatan yang amat tinggi.
”Bila mereka dah anggap kita sebagai kawan, percayalah mereka akan pertahan dan lindungi kita sedaya upaya,” katanya kepada Astro Gempak.
Turut menjelaskan dirinya banyak bergaul dengan Mat Motor sejak menjalani penggambaran filem Minah Moto sekitar November 2016, Dayana amat tidak menyangka bahawa mereka ini sebenarnya mempunyai karakter yang berbeza.
”Saya mula bergaul dengan mereka ini semasa menjalani penggambaran filem Minah Moto.
”Dan dari situlah saya mula belajar cara untuk mendalami watak sebagai ’Minah Moto' dalam filem tersebut.
”Walaupun penggambaran bersama mereka dah selesai dan kami tidak lagi mempunyai scene bersama, mereka tetap datang ke set dan beri sokongan kepada saya.
”Perkara seperti itu memang saya tidak sangka.
”Pernah satu hari kereta saya telah dilanggar oleh seorang lelaki yang menaiki motosikal.
"Selepas itu saya minta bantuan daripada geng motor dan mereka terus jumpa orang yang langgar saya.
”Bantuan yang mereka berikan kepada saya itu tidak akan dilupakan dan saya amat berterima kasih kepada mereka,” jelasnya yang memegang watak sebagai Minah dalam filem Minah Moto.
Dayana ditemui ketika majlis tayangan filem Minah Moto di TGV Kota Damansara, petang Rabu.
Filem Minah Moto mengisahkan tentang gadis yang berperwatakan kasar dan meminati dunia permotoran akhirnya jatuh cinta dengan seorang lelaki yang dibencinya.
Selain Dayana, filem ini juga turut dibintangi oleh Aris Lufias (Forteen), Cat Farish, Zulin Aziz, dan ramai lagi.
Filem Minah Moto bakal menenui penonton pada Hari Raya pertama iaitu 25 Jun ini.
Teks oleh : Izzat Ridzwan
Muhammad Izzat
Thu Jun 22 2017
Berang Dituduh Hasut Jenama Lain, Bella Astillah ‘Sound’ Ruhainies - “Macam Mana Boleh Terfikir Idea Fitnah Sampai Tahap Ini!”
Bella kongsi semula IGs Sarah Yasmine.
Nama Dipetik Dalam Perbualan Whatsapp Viral, Jenama Suplemen Beri Respons
Jenama suplemen terkemuka, Kitsui memberi respons susulan nama dipetik menerusi perbualan Whatsapp yang didakwa berlaku antara bekas dutanya dengan seorang pelakon lelaki.
Sarah Yasmine Dakwa Ruhainies Hasut Aliff Robohkan Rumah Tangga? - “Lepas Ni Awak Free, Tak Ada Lagi Toxic”
Wanita dikenali sebagai Sarah Yasmine atau lebih hangat dikaitkan sebagai ‘kekasih gelap’ penyanyi dan pelakon Aliff Aziz mendakwa aktres sensasi, Ruhainies sebagai dalang penghasut disebalik konflik rumah tangga Aliff dan Bella Astillah.
Pengalaman Baru Menonton Filem Dengan Gaya Hip & Trendy Menerusi ‘Silent Cinema’ Di Malaysia!
Penerbit filem Astro Shaw menjalinkan kerjasama bersama RexKL untuk memberi pengalaman baru menonton filem-filem terbaik terbitan Astro Shaw secara ‘Silent Cinema’.
Caprice Nasihat Aliff Aziz Serahkan Bukti 400 Foto, Video Kecurangan Bella Astillah Kepada Polis - "Ada Mangsa Lain Yang DM..."
Caprice dedah Aliff buat laporan polis berhubung kecurangan isterinya.
Guna Banyak Singkatan Perkataan Pelik, 'Kod' Mesej 'MUSM' Aliff Aziz Kepada Ruhainies Trending Di X
Penggunaan singkatan perkataan 'Miss You (u) So Much' (MUSM) menjadi topik hangat di aplikasi X, semalam. Singkatan itu didakwa digunakan penyanyi, Aliff Aziz sebagai membalas mesej 'LUM' atau 'Love You (u) More' yang dihantar pelakon, Ruhainies. Singkatan-singkatan tersebut adalah antara kandungan mesej yang dipaparkan pada tangkap layar WhatsAp
“Dekat Situ Nampak Dia Push Aliff” - Bella Astillah Kecewa, Terkejut Suami Sendiri Didakwa Rancang Mahu Jatuhkan Dirinya
Penyanyi dan pelakon Bella Astillah mengakui kecewa dan sedikit terkejut apabila melihat tangkap layar perbualan Whatsapp yang didedahkan oleh satu individu baru-baru ini.
Kasihan Ibu Aliff Aziz, Dihentam, Dibenci Netizen... Sarah Yasmine Ambil Tugas Cerita Hal Sebenar!
Banyak Sarah 'spill the tea' fasal Aliff Aziz.
Nama Dipetik Isu Aliff Aziz, Isteri Caprice Tampil Pertahankan Diri - “Siapa Yang Terlibat Dalam Cerita Ini, Semua Bod*h!”
Isteri Caprice berang nama dipetik isu Aliff Aziz.
Lagi Pendedahan! Kali Ini Sarah Yasmine Kongsi Rakaman Suara Lelaki Didakwa Caprice?
Panas! Lagi pendedahan Sarah.