Berita

"Saya Memang Tak Nak, Tiada Juga Yang Mencari" - Rita Rudaini Selesa Bergelar Ibu Tunggal

gempak
Asraf Aided
06/05/2019
06:36 MYT
Sponsor Banner
"Saya Memang Tak Nak, Tiada Juga Yang Mencari" - Rita Rudaini Selesa Bergelar Ibu Tunggal
Aktres jelita, Rita Rudaini selesa dengan statusnya bergelar ibu tunggal dan tidak mahu mendirikan rumah tangga kali kedua buat masa ini.
Menurut Rita, dia tidak berkenalan dengan mana-mana lelaki dan tiada juga yang memulakan langkah untuk mengenalinya.
"Saya sangat selesa dengan kehidupan sekarang, saya bahagia dengan diri saya dan juga anak-anak.
"Bercakap soal berkahwin kali kedua, saya memang tak nak dan tiada juga yang mencari saya atau berusaha mengenali saya.
"Saya sentiasa sibuk menumpukan perhatian menguruskan anak-anak dan kerjaya dan masih tidak terbuka pintu hati untuk mendirikan rumah tangga kali kedua," katanya kepada Gempak.
Rita ditemui di sidang media kejohanan RR Junior Cup 2019 bertempat di Oakwood Hotel, Kuala Lumpur Jumaat lalu.
Kejohanan itu merupakan anjuran kali kedua oleh RR Cougars FC yang ditubuhkan sendiri oleh aktres berbakat ini.
RR Junior Cup dijangka berlangsung pada 20 dan 21 Julai 2019 di Arena Bola Sepak Eco Ardence Setia Alam, Selangor.
Kejohanan tersebut akan dipertandingkan mengikut tiga kategori iaitu bawah lapan tahun, 10 dan 12.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024