“Saya Menceraikan Isteri Saya Dengan Talak Satu,” - Aliff Aziz, Bella Astillah Sah Bercerai
Mya Amri
13/06/2024 05:36 MYT
13/06/2024 05:36 MYT
Perkahwinan antara pelakon dan penyanyi, Bella Astillah dan suaminya, Aliff Aziz akhirnya terlerai selepas sah pasangan ini bercerai talak satu.
Aliff lafaz talak satu
Aliff, 33, melafazkan talak di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Jalan Duta, di sini, tengah hari tadi.
Kes tersebut didengar di hadapan Hakim Syarie, Wan Mohd Najib Wan Hamat sekitar jam 1 petang dan mengesahkan lafaz tersebut adalah sah mengikut hukum syarak.

"Bahawa saya menceraikan isteri saya dengan talak satu mulai hari ini," lafaz Aliff.
Bella kelihatan tenang ketika lafaz itu dibuat bersetuju tidak menuntut mutaah dan nafkah iddah.
Sebelum ini, Aliff dan Bella pernah bercerai talak satu pada 16 Mei 2019.
Peguam syarie mewakili Bella, Azmi Mohd Rais berkata ketika di dalam dewan bicara, perbincangan sudah dibuat di antara kedua-dua pihak dan ada terma yang sudah dibuat.
“Ada berlaku perbincangan antara peguam dan peguam dan alhamdulillah ada penyelesaian secara global. Juga sudah ada perjanjian yang dibuat.
“Dalam perjanjian tersebut ada terma di mana defendan hadir melafazkan cerai dan plaintif melepaskan hak mutaah dan nafkah iddah dan kedua pihak tidak akan menuntut harta sepencarian.
“Aliff juga dilepaskan hak penjagaan anak-anak kepada Bella sepenuhnya dan Aliff juga tidak akan menuntut nusyuz sekiranya ada dan perjanjian itu ditandatangi hari ini,” katanya.
Peguam mewakili Aliff, Hadi Salleh mengiyakan terma-terma tersebut dan mengakui anak guamnya setuju melafazkan cerai.
Terdahulu, Bella memfailkan perceraian daripada suami, Aliff pada 11 Mac lalu di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan.
Sebaik sebutan pertama di hadapan hakim, Wan Mohd Najib Wan Hamat, berakhir, Bella yang ditemui pemberita, memberitahu dia nekad untuk bercerai. Bagaimanapun, Aliff tidak hadir ke prosiding tersebut atas urusan penggambaran.
Seterusnya, pada prosiding yang berlangsung pada 4 April lalu di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan menetapkan Aliff dan Bella perlu hadir ke proses Jawatan Kuasa Pendamai (JKP) berikutan keputusan Aliff yang tidak bersetuju dengan permohonan cerai dibuat isterinya.
Sebelum ini juga terdapat dakwaan Bella sudah berbaik dengan Aliff selepas tarikh sebutan kes perceraian mereka ditunda daripada 4 Jun kepada hari ini.
Bella kemudiannya memuat naik kenyataan di Instagram menyatakan dia sudah lama ‘move on’ dan kini hidup tenang.
Sejak Mac lalu, rumah tangga Bella dan Aliff, menjadi topik hangat apabila Aliff didakwa terbabit dalam kes khalwat bersama pelakon, Ruhanies, 32, di sebuah kondominium mewah di ibu negara pada 9 Mac lalu.
Terdahulu, media melaporkan artis berstatus suami orang dan pasangannya seorang pelakon wanita, dicekup berkhalwat selepas didakwa bersekedudukan di sebuah kondominium mewah.
Bella dan Aliff mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016. Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Mohamad Ayden Adrean dan Ara Adreanna yang masing-masing berusia tujuh dan empat tahun.