Usahawan kosmetik, Datuk Seri Vida (DSV) menitipkan pesanan buat pelakon dan penyanyi Aliff Aziz agar tidak memanjangkan lagi isu kontroversinya.

Aliff move on

Kata DSV, sebagai manusia biasa yang sering khilaf dan melakukan kesilapan, Aliff patut berhenti mengulas lagi isu ini dan ‘move on’.

A post shared by Dato Seri Vida (@datoserivida)

“Saya memang nak tahu kisah tapi bila dah tahu bergelodak hati, rasa loya bagai, nak backup diri sendiri kan, dia salah-salahkan orang. Cari-cari nak tutup dosa silam dan dosa akan datang kita taktahu.

“Beginilah, kita ini manusia buat banyak silap, jadi tak perlu panjangkan cerita lagi, move on buat yang lebih baik.

“Kau cerita lagi cerita lagi, banyak nampak bodohnya, tapi sekarang ni minta maaf move on, kita pun nak muntah dah dengan cerita ni

“Makin kau cerita, makin kau banyak tipu dia, jadi apa patut buat move on,” katanya lagi.

Terdahulu, Aliff pernah membuat pengakuan bahawa dia merupakan individu pendosa yang jujur.

Malah, Aliff Aziz turut sempat bersuara lagi mengenai isu membabitkan aktor, Muaz Zabir dan isterinya, Bella yang dipercayai berlaku curang.

Imbas semula, pada 13 Mac lalu, isteri Aliff iaitu Bella Astillah memfailkan cerai secara ekspres terhadap selebriti asal Singapura itu di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan.

la susulan Aliff dan pelakon Ruhainies dicekup berkhalwat oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) di sebuah kondominium di ibu negara pada 9 Mac lalu.

Aliff bagaimanapun enggan menceraikan Bella pada sebutan kedua kes tersebut pada 4 April lalu kerana masih sayangkan isterinya.

Bagaimanapun tidak lama selepas itu muncul beberapa foto mesa di antara Bella dan Muaz yang didakwa turut berlaku curang.

Bella bagaimanapun tidak menafikan perkara tersebut namun memberitahu hubungan mereka sekadar ingin membuat Aliff berasa cemburu.

Malah perbuatannya itu turut diketahui keluarga kedua-dua belah pihak dan isu tersebut sudah pun selesai.

Untuk rekod, Bella dan Aliff berkahwin pada 9 September 2016 dan dikurniakan dua cahaya mata Ayden Adrean, 6, dan Ara Adreanna yang bersuai 3 tahun.

Berita Trending: "Saya Cuma Minta Hak Sebagai Bapa, Jumpa & Bermalam Dengan…

Berita Trending: Didakwa Kembali Rujuk Dengan Bekas Suami, Ini Respons Puteri…