,
Hiburan

“Saya & Mimi Mahu Fokus Karier Masing-Masing Dahulu Sebelum Melangkah Ke Arah Seterusnya” - Syafiq Kyle

Umirah Halim
15/08/2024
08:25 MYT
Pelakon Syafiq Kyle berkongsi perkembangan terkini mengenai hubungannya bersama aktres Mimi Lana.

Mahu fokus kerjaya

Menurut Syafiq, dia belum ada apa-apa persiapan perkahwinan yang boleh dikongsikan kerana mahu fokus dengan kerjaya masing-masing sebelum melangkah ke peringkat seterusnya.
“Tiada persiapan apa-apa pun, tiada yang saya boleh kongsikan lagi setakat ini, kalau ada nanti saya akan kongsikan.

“Untuk sekarang ini saya dan Mimi lebih fokus kepada diri dan kemajuan diri sendiri masing-masing sebelum kita ke arah yang lagi satu, Insya-Allah,” katanya kepada Gempak.

BERITA TRENDING: Mimi Lana Sulam Kata-Kata Manis Buat Syafiq Kyle Sempena Hari Lahir Ke-32 - “Kasih Saya Terhadap Awak…”
BERITA TRENDING: Masuk Kem Latihan Seminggu, Syafiq Kyle Kongsi Cabaran Ketuai ‘The Real’ Komando Dalam Takluk: Lahad Datu – “Kami Dilayan Seperti…”
BERITA TRENDING: Transformasi Gaya Rambut Syafiq Kyle Mengikut Filem & Drama, Mana Satu Paling Onz?
Sementara itu, ramai peminat di media sosial turut ternantikan khabar mengenai perkahwinan pasangan ini, Syafiq bagaimanapun hanya memaklumkan buat masa ini, dia dan Mimi tidak mahu terburu-buru dan mahu kekal fokus pada bidang kerjaya seni.
“Ramai peminat saya dan Mimi tanya, saya rasa peminat saya pun faham dan saya dan Mimi lebih kepada memberi ruang kepada masing-masing untuk bekerja dahulu, jadi saya rasa peminat pun faham, mereka pun mahu melihat karya-larya kami lagi,” ujarnya.
Sebelum ini, Syafiq Kyle seakan memberi bayangan hubungan cinta bersama aktres jelita, Mimi Lana kembali berputik.
BERITA TRENDING: Digandingkan Sebagai Abang & Adik Dalam Filem ‘The Experts’, Aaron Aziz Dedah Sisi Lain Syafiq Kyle - “Dia Seorang Yang…”
Menerusi temu bual bersama Era, Syafiq menjawab pertanyaan penyampai radio, Azad Jasmin yang bertanya sekiranya dia sudah ‘menakluk’ hati bekas kekasihnya itu.
Meskipun seakan bergurau, namun Syafiq secara terbuka menyatakan dia kini sedang menunggu keizinan daripada Mimi dipercayai dalam meneruskan hubungan mereka.
Terdahulu, pengurus Syafiq dan Mimi Lana Iman Tang memaklumkan hubungan kedua-dua selebriti itu sehingga kini masih berkawan.
Jelas Iman Tang, dia menjadi saksi persahabatan antara Syafiq dan Mimi tetap utuh meskipun tidak melangsungkan perkahwinan yang dirancangkan pada 18 Ogos tahun lalu.
Walaupun hajat untuk ke jenjang pelamin tidak kesampaian, kedua-dua selebriti itu tidak menafikan bahawa mereka masih bersahabat baik dan selesa antara satu sama lain.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Bollywood

Penyanyi Bengang Dibaling Kasut, Cabar Peminat: “Siapa Buat? Naik Ke Pentas!”

gempak
09/09/2024
02:55 MYT
Penyanyi yang terkenal dengan lagu Tauba Tauba, Karan Aujla berang dan mencabar penonton yang telah membaling kasut ke arahnya sewaktu membuat persembahan di London baru-baru ini.
Hiburan

Pengarah Veteran Nafi Sengaja Cium Pelakon, Dakwa Hanya Tunjuk Contoh

gempak
09/09/2024
01:55 MYT
Pengarah dan pelakon terkenal dari Kolkata, Bengali, Arindam Sil digantung melakukan sebarang kerja seni daripada Persatuan Penerbit Timbur India selepas menerima aduan salah laku gangguan seksual yang dibuat terhadap seorang pelakon wanita.
Viral

"Dapat Mana Cerita Tu?" - Alif Teega Tak Tahu Isteri Failkan Perceraian

gempak
09/09/2024
01:07 MYT
Usahawan dan personaliti media sosial, Alif Teega mengaku terkejut dan tidak mengetahui bahawa isterinya, Aisyah Hijanah telah memfailkan perceraian di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur pada Ogos lalu.
Hollywood

Johnny Depp Tayang Gigi Baharu Lepas Dikutuk Kuning

gempak
08/09/2024
21:53 MYT
Bintang sensasi Hollywood, Johnny Depp kembali menjadi perbualan dalam kalangan peminatnya baru-baru ini.
Viral

Gara-Gara Makan Berlebihan, Kucing 'Oyen' Cecah Berat Lebih 17 Kilogram

gempak
08/09/2024
11:55 MYT
Seekor kucing jantan gergasi yang memiliki berat menyamai kanak-kanak ditemui tinggal di ruang bawah tanah sambil makan biskut dan minum sup.