Laman Utama

“Saya Minta Maaf Daddy” - Luah Perasaan Di Instagram, Yana Najib Akan Terus Tegakkan Keadilan Buat Bapanya

gempak
Izwan Isa
24/08/2022
01:50 MYT
Sponsor Banner
“Saya Minta Maaf Daddy” - Luah Perasaan Di Instagram, Yana Najib Akan Terus Tegakkan Keadilan Buat Bapanya
Anak kepada bekas Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak, Yana Najib meluahkan perasaan menerusi Instagram selepas bapanya dijatuhkan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta oleh Mahkamah Persekutuan kerana menyeleweng dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta.
Menerusi tulisan di ruangan kapsyen, Yana meminta maaf kerana dia berasa kurang berusaha melawan untuk keadilan bapanya.
“Saya minta maaf daddy. Mungkin kita tidak melawan dengan cukup kuat. Mungkin kita terlalu meletakkan kepercayaan terhadap sistem kehakiman kita.
“Mungkin kita terlalu percaya dengan sepenuh hati terhadap tujuan kita hingga kita melawan selama empat tahun. Begitupun, kamu tidak mendapatkan keadilan hari ini, apatah lagi peluang untuk melawan,” tulisnya.
Melanjutkan luahan rasanya, Yana berjanji akan terus berusaha untuk membawa bapanya pulang dengan selamat dan keadilan dapat ditegakkan.
“Tetapi Bossku tidak akan berakhir di sini. Saya berjanji yang Mummy, Ashkam, Abang Jaja, saya, dan keluarga serta penyokong kamu tidak akan pernah berehat sehinggalah kamu kembali kepada kami dengan keadilan ditegakkan.
“Kami sangat bangga dengan kekuatan kamu. Saya akan pegang kata-kata hikmat dari kamu untuk setiap hari: 'Mereka boleh kawal semuanya tetapi mereka tidak boleh kawal emosi dan kekuatan minda.'
“Kekal kuat, Allah bersama kamu, ayah ku. Sentiasa bersamamu, hari ini dan selamanya,” tutupnya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024