HIBURAN
“Saya Mula Amalkan & Hafal Sejak Kecil” - Cik B Segan Dipuji Netizen, Surah Ad-Dhuha Memang Jadi Kegemaran
Anak kepada usahawan kosmetik, Datuk Seri Vida iaitu Cik B menganggap tindakannya menghafal surah Ad-Dhuha merupakan perkara biasa yang boleh dilakukan oleh semua orang.
Amalkan sejak kecil
Segan menerima pujian netizen, Cik B atau nama sebenarnya Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin, 19, memberitahu Ad-Dhuha merupakan salah satu surah kegemarannya.
Malah dia juga sudah mengamalkan serta menghafal surah tersebut sejak berusia tujuh tahun.
"Saya segan sebab itu surah biasa saja, semua orang hafal.
"Saya mula amalkan sejak ia mula bermain di kepala saya dan sudah mula hafal sejak kecil," katanya.
Cik B berkata demikian ketika ditemui pada majlis Sidang Media & Tayangan Perdana Program Raya Astro 2025 di One World Hotel, Petaling Jaya baru-baru ini.
Surah kegemaran
Berkongsi momen dirinya mengalunkan surah Ad-Dhuha bersama seorang pelayan restoran di Turki, Cik B memberitahu dia disapa secara tiba-tiba oleh lelaki berkenaan.
Malah ketika ditanya mengenai surah yang menjadi amalan, dia segera membaca Ad-Dhuha kerana itu merupakan surah kegemarannya.
"Ketika itu saya di restoran sedang makan tiba-tiba pakcik ini datang dan mula mengaji sambil bersembang, dia bertanya surah kegemaran saya.
"Saya cakap Ad-Dhuha, selepas itu saya baca dan dia ikut sekali. Saya pun tak perasan adik saya rakam momen itu," kongsinya.
Dalam pada itu, Cik B berkata dia mula mengamalkan Ad-Dhuha selepas mendalami makna tersembunyi di sebalik surah berkenaan.
"Saya suka surah ini kerana membawa makna Allah tetap sayang kita walaupun kita ini jahat. Ad-Dhuha ini juga surah yang memberi saya rezeki.
"Surah ini selalu bermain di kepala saya, bila selalu teringat saya mula amalkan," ujarnya.
ARTIKEL BERKAITAN:Cik B Seronok Ada Kawan Perempuan - “Saya Boleh Tonjol Sisi…”
ARTIKEL BERKAITAN:"Ada Kata Dia Rapati Saya Sebabkan Duit, Padahal Dia Pun Kaya Juga... Kami Sekufu!" - Cik B
ARTIKEL BERKAITAN:Cik B Terima Hadiah Mewah Dari Jejaka Misteri, Netizen Mula Berteka-Teki - “Anak Datuk Aliff Syukri ni”
ARTIKEL BERKAITAN:“Tak Nak Ke Anak Nampak Cantik…” - Netizen Mula Bandingkan Qadejah & Cik B, Mahu Datuk Vida Buat Sesuatu
ARTIKEL BERKAITAN:Cik B Dedah Asal Usul Panggilan, Trauma Dengan Nama Penuh - “Orang Tak Panggil Nama Sebenar Saya Sebab…”
Terdahulu, Cik B mengundang perhatian ramai apabila video merakamkan dirinya membaca surah ad-Dhuha bersama seorang pelayan restoran di Turki tular di media sosial.
Disebabkan itu, ramai yang memuji Cik B kerana membaca surah tersebut dengan lancar.