Pelakon baru yang sedang meningkat naik, Nafiz Muaz, menyimpan niat untuk membahagiakan ibunya, Naimah Baharudin, 39.
Kata Nafiz atau nama sebenarnya Muhd Nafiz Muaz Mat Nasir, 21, dia sudah mempunyai impian untuk membelikan rumah kepada ibunya yang dipanggil Umi semenjak dari tingkatan satu lagi.
"Saya bukan dari keluarga yang senang. Umi saya memegang status ibu tunggal kepada lima orang anak dan dia merupakan segala-galanya bagi kami.
"Kami masih menyewa di Sungai Petani, Kedah dan ketika saya berusia 13 tahun, saya pernah cakap dengan Umi yang saya sudah penat dan mahu membelikan rumah untuk keluarga.
"Kini, saya dalam usaha untuk membelikan rumah untuk Umi. Biarpun perlahan-lahan, saya akan memastikan impian saya menjadi realiti. Saya hanya mahu membahagiakan dia dan menjadikan angan-angan saya semenjak tingkatan satu bertukar menjadi nyata," katanya.
Nafiz bersama ibunya, Naimah Baharudin.
Semakin rancak mengatur kerjaya dalam bidang lakonan, Nafiz mahu mengambil segala peluang yang ada untuk merancakkan perjalanan dalam industri seni.
"Alhamdulillah, nama saya semakin dikenali semenjak berlakon dalam drama bersiri Cinta Tiada Ganti tahun lalu. Jika dahulu, saya terpaksa berulang alik dari Sungai Petani ke Kuala Lumpur jika ada tawaran lakonan. Kadangkala, saya terpaksa menumpang rumah kawan.
"Syukur kerana kerjaya seni kini semakin rancak dan saya sudah menyewa di Kuala Lumpur bagi memudahkan karier. Biarpun tidak mudah untuk dikenali, saya enggan berputus asa dan tidak akan menyerah kalah," katanya lagi.
Drama bersiri lakonan Nafiz selaku teraju utama, Cinta Belum Tamat Tempoh kini sedang ditayangkan di slot Megadrama.
Cinta Belum Tamat Tempoh merupakan adaptasi dari novel judul sama tulisan Rehal Nuharis.
Diarahkan oleh Jamal Khan, drama bersiri ini bersiaran selama 16 episod bermula 9 September.
Selain Nafiz, drama bersiri ini turut dibintangi oleh Bella Astillah, Fendy Bakry, Hun Haqeem, Dayang Areeda, Syuhaida Abraz, Radin ERA dan ramai lagi.
Jangan lupa saksikan drama bersiri Cinta Belum Tamat Tempoh yang bersiaran setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam di Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123).
Gunakan hashtag #CintaBelumTamatTempoh untuk berinteraksi mengenai drama bersiri ini di laman sosial anda!
Kamaruddin Razal
Wed Sep 18 2019
Alyssa Lee Dedah Sikap Amalina Arham Ketika Pertama Kali Jumpa Di Set Drama ‘Khun:Sa’ - “Awak Bukan Hidung Tinggi Tapi…”
Alyssa & Amalina kongsi pengalaman bertemu di set.
Pelajar Sekolah Meninggal Dunia Ketika Merentas Desa
Seorang pelajar lelaki sebuah sekolah menengah di sini rebah sebelum disahkan meninggal dunia ketika menyertai kejohanan merentas desa di sekolahnya pada Jumaat.
Bawa Watak Protagonis, Sofia Jane Terima Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Asia ke-21
Pelakon, Datin Sofia Jane berjaya meraih anugerah pelakon wanita terbaik menerusi lakonan hebatnya yang membawa watak protagonis (Maryam) di filem Maryam Pagi ke Malam pada Festival Filem Asia ke-21 di Rom, Itali.
Ini Sebab Kenapa Kedudukan Hos Tandas Ini Menerima Pujian Daripada Netizen
Netizen memuji kedudukan hos pada tandas awam ini
Mungkin Saya Bukanlah Orang Yang Baik, Tetapi Paling Tidak Saya 'Tidak Munafik' - Bella Astillah
Pelakon, Bella Astillah mengaku bahawa dirinya bukanlah orang yang baik.
Tok Ram fitness padu macam orang muda | Projek Bapak Bapak S3
Saksikan Travel Lawak Bapak Bapak S3 bermula 18 April 2024, setiap Khamis, 9 malam di Astro WARNA dan Strim di Astro GO.
#TravelLawakBapakBapak #TLBB #AstroWarna #AstroBaharu
#TravelLawakBapakBapak #TLBB #AstroWarna #AstroBaharu
Azira DeFam Tak Sangka Lagu Alamak Raya Sudah Sampai Ke Negara Jepun!
Salah seorang anggota kumpulan De Fam, Azira Shafinaz tidak menyangka lagu raya pertama mereka yang berjudul Alamak Raya Lagi mendapat sambutan yang hangat.
“Saya Hanya Cuba Untuk Membuatkan Diri Saya Berdiri Semula…” - Senyuman Aliff Aziz Tak Sindir Sesiapa
Penyanyi dan pelakon Aliff Aziz membuka mulut mengenai isu lagu yang dikongsikan menerusi Instagram Story baru-baru ini.
Adik Ruhainies Kagum Sifat Kakak, Maafkan Orang Hina Dengan Hati Terbuka
Adik kepada pelakon, Ruhainies, Asha Zainul berasa kagum dengan sifat keikhlasan kakaknya yang masih kekal tenang dan memaafkan orang yang menghinanya dengan hati terbuka.
Takdir Itu Milik Aku: Shaheizy Sam & Emma Maembong Berjaya Buat Peminat Marah & Geram! | Singgah Set
Cik Bam ke lokasi salah sebuah drama yang tengah trending sekarang ini untuk meninjau pembikinan salah satu babak yang telah meruntun jiwa para penonton Takdir Itu Milik Aku. Lakonan Sam dan Emma memang betul-betul padu sampaikan penulis karya terbaik, Siti Rosmizah pun menitiskan air mata. Nak tahu lebih lanjut, jom strim sampai habis!
Kalau korang nak layan lagi moment-moment panas yang terjadi di set drama, korang boleh saksikan #SinggahSet setiap Jumaat, 5:00 petang di www.gempak.com! Confirm panas!
Saksikan #TakdirItuMilikAku
Karya Terbaik Siti Rosmizah Semail
Setiap Isnin - Khamis, 10 Malam di Astro Ria dan Strim Astro GO
#AstroBaharu #TIMA #TakdirItuMilikAku
#AstroBaharu #TakMacamDulu
#BambamStudios #MasaBersama #MerapatkanKita
Kalau korang nak layan lagi moment-moment panas yang terjadi di set drama, korang boleh saksikan #SinggahSet setiap Jumaat, 5:00 petang di www.gempak.com! Confirm panas!
Saksikan #TakdirItuMilikAku
Karya Terbaik Siti Rosmizah Semail
Setiap Isnin - Khamis, 10 Malam di Astro Ria dan Strim Astro GO
#AstroBaharu #TIMA #TakdirItuMilikAku
#AstroBaharu #TakMacamDulu
#BambamStudios #MasaBersama #MerapatkanKita