"Saya Nak Bertanggungjawab Kerana Agama" - Hafiz Mahamad
Amri Hassan
29/07/2024 00:50 MYT
29/07/2024 00:50 MYT
Pempengaruh dan usahawan Hafiz Mahamad tampil memberikan respons terhadap kecaman netizen berhubung video lama yang kembali tular baru-baru ini.
Hafiz dalam kenyataannya di Instagram Stories memberitahu dia mengambil maklum akan isu yang sedang tular dan memerlukan masa untuk mendapatkan pandangan pihak lebih arif.
"Hari ini ramai sahabat yang ‘update’ tentang ini. Terima kasih sahabat kerana ‘inform’ (beritahu) saya.
"Bagi saya masa untuk kukuhkan input dan minta pandangan daripada pakar supaya kesilapan lama tidak akan berulang. Doakan saya ada kemampuan untuk usahakan perkara ini.
"Terima kasih sahabat-sahabat yang baik atas kata-kata yang baik
"Ada yang nasihat untuk saya diam. Tapi saya nak bertanggungjawab kerana agama atas ‘statement’ (kenyataan) atau ‘perception’ (persepsi) daripada Tweet ini," tulisnya.
Terdahulu, sepotong video memaparkan kekecohan mahu mencium hajar aswad pernah dimuat naik oleh seorang lelaki yang juga usahawan dan personaliti media sosia sekitar bulan Mac lalu tular kembali.
Bagaimanapun, respons pengguna di luar negara menyifatkan tindakan itu didakwa mengundang penghinaan kepada agama Islam.
Video tersebut dimuat oleh seorang pengguna X dipercayai didakwa di India dengan kapsyen menuduh wanita Islam tidak selamat ketika berada di Tanah Suci Mekah.
Ia kemudian mengundang kembali kemarahan umat Islam di Malaysia terhadap usahawan dan personaliti media sosial berkenaan.