Raja Pemaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah bertitah mengakui gemar memakai baju kurung Johor setiap hari.

Menerusi laman sosial Instagram, Tuanku berkongsi kenyataan yang dikeluarkan oleh seorang pengasas jenama fesyen warga Belanda yang berharap agar orang Melayu akan kembali berbaju kurung, berpakaian cantik serta berbangga dengan warisan negara ini.

“Saya memang gemar pakai baju kurung setiap hari, baju kurung Johor and i am proud of my baju kurung jahit tangan, baju kurung Teluk Belanga. Yes, i totally agree, be traditional and proud of it,” tulis Tuanku menerusi ruangan kapsyen.

A post shared by Azizah Mahmood Iskandar (@airtangan_tunkuazizah)


Semalam tular di laman sosial isu baju kurung apabila pengasas jenama fesyen tersebut mendakwa busana tradisional itu sudah dilupakan.

Kelanjuran kata yang disiarkan menerusi portal South China Morning Post itu menyebabkan dia ditempelak rakyat Malaysia sehingga membuatkan dia mengeluarkan permohonan maaf secara terbuka di laman Instagramnya.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata wargamaya berkongsi kegemaran mereka mengenakan baju kurung sebagai pakaian harian.

Malah, ramai yang tidak bersetuju dengan dakwaan wanita Belanda terbabit dan merasakan pendapatnya seolah-olah 'tunjuk pandai'.

Betul titah Tuanku tu. Kita tak perlu mat saleh nak bagitau pakai apa semua. Memang kita pakai baju kurung setiap hari. Ampun Tuanku,” ujar seorang wargamaya.

Saya pun suka pakai baju kurung ke pejabat. Lagi selesa dan ayu,” komen seorang wargamaya.

Pakai baju kurung auto selesa and senang. Tak payah pening-pening kalau orang mintak pakai dress code formal. Baju kurung pun dah banyak style sekarang,” sokong seorang wargamaya.

White people at their best. Self claim as a hero. Padahal kita semua Melayu, Cina, India banyak je yang masih berbaju kurung, kebaya, batik, tak pernah hilang,” tegas seorang wargamaya.

Tak faham statement tu sebab di office kerja memang ramai orang pakai baju kurung. Dia duduk kawasan mana?” tulis seorang wargamaya lagi.

Sehingga kini, perkongsian Tuanku itu telah menerima hampir 70,000 tanda suka daripada rakyat Malaysia.