Viral

“Saya Pelik Dengan Diva AA Ini, Anggota Kita Menjalankan Tugas” – Pengerusi Kesatuan Sekerja DBKL Kesal Dilempar Kata-Kata Kesat

gempak
Fiza Kamarudin
11/03/2020
10:36 MYT
Sponsor Banner
“Saya Pelik Dengan Diva AA Ini, Anggota Kita Menjalankan Tugas” – Pengerusi Kesatuan Sekerja DBKL Kesal Dilempar Kata-Kata Kesat
Pengerusi Kesatuan Sekerja ANULAE Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Zakaria Abdullah, melahirkan rasa kesal terhadap sikap individu dikenali sebagai DIVA AA yang telah memaki hamun mereka.
Semuanya gara-gara kereta individu terbabit (DIVA AA) telah disaman anggota penguatkuasaan DBKL.
Zakaria yang juga sebagai Naib Presiden II ANULAE Semenanjung Malaysia dan Pengerusi CUEPACS Wilayah Persekutuan dalam satu kenyataan berkata, sebagai warganegara Malaysia seharusnya mendukung prinsip Rukun Negara sebagai satu amalan hidup.
“Sejak di bangku sekolah lagi kita telah diajar dan dididik tentang ‘kesopanan dan kesusilaan’ yang merupakan amalan murni rakyat Malaysia.
“Saya pelik dengan Diva AA ini. Anggota kita menjalankan tugas. Ada ruang untuk Diva tersebut datang berjumpa Pegawai Kompaun dan masa itu ceritalah puas-puas apa sebenar berlaku.
“Negara kita bukan negara komunis. Semua rakyat berhak dan diberi hak untuk bersuara, mendapatkan hak adil walaupun melakukan kesilapan,” katanya.
Tambah beliau lagi, kesilapan bukan merupakan kesalahan selagi ia tidak dibuktikan bersalah oleh mahkamah.
“Janganlah kerana kita terkenal dipuja orang, kita boleh sesuka hati memaki hamun anggota perkhidmatan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT),” ujarnya kesal.
Terdahulu tular sebuah video yang dipercayai dimuatnaik pengacara kontroversi Azwan Ali atau lebih dikenali sebagai Diva AA memaki hamun DBKL selepas keretanya disaman anggota penguatkuasa PBT terbabit.
Menerusi video yang dimuat naik semula di laman sosial Instagram Makcik Puaka itu, Diva AA berang apabila menerima kertas saman sedangkan sudah meninggalkan nota memberitahu tentang mesin pembayaran parkir yang rosak.
“DBKL!!!! Mesin jahanam, tolong jangan saman!!! – Diva AA,” tulisnya pada nota tersebut.
Sambil melemparkan kata-kata kesat, Azwan turut memberi amaran untuk menularkan video dirakamnya di YouTube.
"Ambik kau kena maki lepas-lepas hujan ni. Padahal aku dah letak mesej bagai nak gila!
“Kau sekolah tak? Apa kau bod*h sangat? Aku dah letak amaran pun kau saman juga! Kau buat-buat tak kenal Diva AA…kau memang puk*mak,” katanya berang.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live