Laman Utama

“Saya Penyanyi Dangdut Tak Kan Nak Berdiri Tegak”- Ifa Raziah Jawab Dakwaan Bergelek Di Majlis Akikah

gempak
Syafiqah Jalal
12/08/2022
08:11 MYT
Sponsor Banner
“Saya Penyanyi Dangdut Tak Kan Nak Berdiri Tegak”- Ifa Raziah Jawab Dakwaan Bergelek Di Majlis Akikah
Pelakon Ifa Raziah menafikan aksi dia menyanyi sambil bergelek yang tular dan mendapat kecaman netizen dilakukan ketika majlis akikah berlangsung.
Ifa, 47, menjelaskan persembahannya itu dilakukan ketika sambutan ulang tahun perkahwinan iaitu selepas acara akikah pada malam yang sama.
“Sebenarnya akikah diadakan pada awal majlis, ketika maghrib hingga isyak. Selesai akikah acara ulang tahun perkahwinan pula. Saya bergelek selepas persembahan penyanyi Liza Hanim.
“Lagi pun saya penyanyi dangdut tak kan nak berdiri tegak. Selama 27 tahun menjadi penyanyi, gelek saya itu yang beri saya makan. Kalau saya tak bergelek siapa nak panggil saya buat persembahan,”katanya kepada Astro Gempak.
Ifa mengulas perkara itu selepas dikecam berkelakuan tidak sopan sewaktu membuat persembahan dalam sebuah majlis akikah baru-baru ini.
Penyanyi lagu Ser Ser Ser itu juga menafikan tindakannya itu sebagai tidak menghormati majlis seperti yang didakwa netizen.
“Saya tak nampak yang aksi say aitu merosakan majlis kerana lagipun staz-ustaz semua dan balik. Tuan rumah sendiri tukar baju sehingga dua kali. Ketika akikah pakai baju putih. Majlis ulang tahun perkahwinan baju merah jambu.
“Lainlah kalau saya ni seorang ustazah kemudian saya bergelek. Bolehlah netizen kecam saya,” jelasnya.
Ifa turut memberitahu persembahannya itu dibayar dan dia hanya melakukan kerjanya sebagai penyanyi dangdut.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live