Pendakwah terkenal, Ebit Lew mendakwa pertuduhan yang dikenakan terhadapnya adalah tidak berasas dan melampau selain bertujuan mahu menjatuhkan kredibiliti beliau.
Dakwanya lagi, pertuduhan yang dihadapi di mahkamah pada Jumaat adalah dirancang oleh kumpulan tertentu sejak sekian lama.
"Saya melihat pertuduhan ini satu pertuduhan yang tidak berasas, melampau dan memang tujuan utamanya saya nampak untuk menjatuhkan kredibiliti saya dan supaya saya nampak saya dihina, direndahkan dan supaya saya menghentikan kerja-kerja membantu.
"Saya percaya ia dilakukan oleh satu kumpulan yang merancang bukan satu dua hari untuk mengenakan saya," katanya ketika ditemui pemberita selepas hadir di Mahkamah Litar, di sini, pada Jumaat.
Beliau memaklumkan terkejut apabila mengetahui akan berhadapan dengan pertuduhan di mahkamah ketika sedang melakukan kerja amal di negeri ini.
"Saya tahu beberapa hari lalu, saya pun terkejut juga masih dalam sedang melakukan kerja amal di Sabah 40 hari. Tiba-tiba saya dapat tahu terkejut juga kerana bukan perancangan untuk ke mahkamah, tidak ada.
"Tetapi saya tak rasa apa sebab saya tahu saya tidak bersalah dan saya yakin ini perancangan ramai orang dari dulu lagi macam-macam gangguan terhadap kerja amal.
"Saya reda dan saya anggap ini ujian daripada Allah untuk saya. Saya rasa tenang melaluinya kena pula kita tengah buat kerja amal," katanya.
Sumber: Sinar Harian
Syafiqah Jalal
Fri Feb 18 2022


“Tiada Istilah Double Standard”- Persembahan Buat Golongan B40, Siti Nurhaliza Janjikan Yang Istimewa
Siapa golongan B40 yang bertuah tu?

“Harap Penonton Tak Perasan Lah”- Gap Setahun Penggambaran, Michael Ang Dedah Cabaran Mengarah The Maid 2
Apa bezanya ya?

“10 Jam Bukan Sekejap, Hampir 3 Jam Dok Push… ” - Air Mata Fizo Omar Gugur Lihat Isteri Tahan Sakit Bersalin
Suami jangan segan tau teman isteri bersalin, support sistem gitu.

“Mendendangkan Kerinduan Pada Isteri…”- Sweetnyer! Lama Outstation, Aqasha Nyanyikan Untuk Isteri
Sweetnyer Aqasha Nyanyikan Untuk Isteri
.jpg?ext=.jpg)
“Selepas 2 Tahun, Akhirnya Tewas Dengan …”- Faradhiya Anggap Covid-19 Ujian Dari Allah
Semoga kembali sihat Faradhiya

“Dahi Dan Pipi Koyak Sikit…” - Ronnie Hussein Kemalangan, Terima Enam Jahitan
Ya Allah, doakan Ronnie cepat sembuh.

"Mak Ayah Aku Ajar Hormat Orang Tua Tak Kira Pangkat Atau Darjat" - Idris Khan
Idris Khan bersikap tegas

Lufya Buat Laporan Polis, Nafi Dipukul Bekas Suami - "Jangan Babitkan Dia, Biar Polis Buat Kerja"
Pelakon dan penyanyi, Lufya Omar memaklumkan sudah membuat laporan polis pada pagi Rabu
.jpg?ext=.jpg)
Bekas Suami Minta Gaji, Dewi Perssik: “Dia Hanya Teman Saya Di Ranjang”
Kemelut rumah tangga Dewi Perssik dengan bekas suaminya, Angga Wijaya sepatutnya sudah berakhir dengan baik selepas lelaki tersebut menceraikan penyanyi dangdut itu.
.jpg?ext=.jpg)
Disney Didakwa Mohon Maaf, Tawar RM1.3 Bilion Untuk Johnny Depp Berlakon Balik Pirates Of The Carribean?
Johnny Depp difahamkan telah menerima permohonan maaf daripada syarikat Disney