Hiburan

"Saya Pernah Dengar Dulu Merempat, Kenapa Sekarang Jadi Balik" - Erma Fatima Bimbang Nasib Puteri Balqis

gempak
Amri Hassan
16/01/2020
02:58 MYT
Sponsor Banner
"Saya Pernah Dengar Dulu Merempat, Kenapa Sekarang Jadi Balik" - Erma Fatima Bimbang Nasib Puteri Balqis
Pelakon dan sutradara popular Erma Fatima mengakui tersentuh melihat nasib yang dialami oleh pelakon cilik Puteri Balqis.
Selaku individu yang pernah mengangkat bakat Balqis, Erma turut mempersoalkan nasib yang menimpa pelakon berbakat itu.
"Sebagai wanita bergelar ibu, tidak kiralah ibu bapa Balqis sudah berpisah, bagi saya, bukan begitu cara membesarkan anak.
"Saya tidak sanggup melihat apa yang terjadi kepada Balqis, apatah lagi membaca laporan mengenai kisah malang hingga perlu menjual buku puisi demi kelangsungan hidup.
"Saya mahu soal lagi, bagaimana dengan pendapatan Balqis ketika dia aktif berlakon? Saya pernah dengar mereka hidup merempat dahulu, tetapi dengan bakat Balqis, hidup mereka berubah.
"Tetapi mengapa terjadi lagi perkara sama sekarang," katanya memetik laporan Berita Harian.
Erma turut mempersoalkan masa depan Puteri Balqis termasuk persekolahannya.
"Dahulu Balqis belajar dari rumah dengan menggunakan khidmat guru persendirian. Sekarang apa sudah jadi? Bagaimana dengan masa depannya?" katanya.
Tular sejak awal minggu ini apabila Balqis mendedahkan diuji kesempitan hidup menerusi sebuah program televisyen tempatan.
Namun, pelakon itu berusaha mencari pendapatan sendiri dengan menulis buku puisi dan menjualnya di jalanan sambil ditemani ibunya, Norashikin Mohd Aziz.
Sumber: Berita Harian
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live