Berita

"Saya Pernah Jual Ayam Goreng Seringgit" - Isteri PU Abu Kongsi Cerita Cari Duit Belanja Demi...

gempak
ZULHILMI JALIL
12/03/2020
03:52 MYT
Sponsor Banner
"Saya Pernah Jual Ayam Goreng Seringgit" - Isteri PU Abu Kongsi Cerita Cari Duit Belanja Demi...
Isteri pendakwah bebas, Pencetus Ummah (PU) Abu Sufyan, Hana Azraa mendedahkan bahawa dia pernah meniaga ayam goreng seringgit demi mencari duit poket.
Menurut Hana, ketika itu dia masih lagi menuntut di sebuah pusat pengajian tinggi.
"Serius nak berbisnes bukan mudah. Kalian tahu tak, sebelum saya ada produk sendiri, saya pernah jual ayam goreng seringgit tu? Saya pernah jual nasi lemak.
"Waktu belajar, masa tu semester lima kot tak silap. Punyalah gigih nak cari duit, merata saya jalan nak jual ayam dan nasi lemak tu.
"Kalian bayangkan muka saya, pegang dua bakul yang satu bakul penuh ayam goreng, satu lagi bakul penuh nasi lemak. Saya rondalah dari blok ke blok asrama perempuan dengan kawan saya. Jeritlah kami dua nasi lemak ayam goreng, setiap petang wajib ya," ceritanya menerusi satu entri di Instagram.
Jelas Hana lagi, dia tidak pernah terdetik rasa malu kerana mahu mencari wang saku demi kelangsungan hidup.
"Tak ada rasa malu ke apa. Ye lah, nak cari duit poket kot. Mak ayah bagi duit pun cukup-cukup je belanja," tulisnya mengenang masa lampau.
Dalam pada itu, Hana turut memberi gambaran bahawa kehidupan rakan-rakannya kini juga jauh lebih baik berbanding dirinya.
"Tiba-tiba saya rindu geng politeknik saya. Mereka masing-masing dah ada kehidupan yang sangat baik.
"Jauh lebih baik daripada kehidupan saya. Masing masing bahagia dengan keluarga dan anak-anak. Alhamdulilah. Semoga Allah kurniakan kebahagiaan yang berkekalan! Amin!," luahnya.
Sebelum ini, kisah kehidupan peribadi Hana pernah mendapat perhatian apabila berkahwin dengan PU Abu pada Mei tahun lalu.
Perkahwinan itu mencetuskan kontroversi apabila PU Abu dikatakan bertindak menceraikan bekas isteri pertamanya, Ain 'Afini demi Hana.
Namun, kisah kehidupan rumah tangganya kemudian terus mencuri perhatian netizen apabila dikatakan bergolak.
BACA: "Kami Dalam Proses Bercerai" - Isteri PU Abu, Hana Azraa Dedah Rumah Tangga Berantakan?
BACA: Isteri PU Abu Dedah Gambar Wanita Tak Bertudung, Dakwa Suami Ada Kekasih Baru Lagi?
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live