,
Hiburan

Masih Terima Komen Negatif, Sophia Dedah Perlu Jumpa Pakar Kerana Siber Buli

Umirah Halim
07/08/2024
02:55 MYT
Pelakon Sophia AlBarakbah mendedahkan masih menjadi mangsa buli segelintir netizen di media sosial meskipun tiada lagi cerita kontroversi membabitkan dirinya.

Masih terima komen negatif

Jelas Sophia, dia masih bingung memikirkan apakah kesilapan yang dilakukan kerana masih menerima komen-komen berbaur negatif di media sosialnya.
“Sampai sekarang saya masih dibuli dalam media sosial, tidak kiralah buat salah ke tidak, orang tetap lempar kata-kata negatif tanpa saya tahu apa sebabnya.
“Mungkin saya kuat dari luaran tetapi sebenarnya tidak. Saya sudah lalui macam-macam dan sehingga kini masih berusaha supaya perkara itu tidak beri kesan pada diri terutama kesihatan mental.
“Tipulah kalau kata tidak terkesan tapi sentiasa cuba untuk tidak buat perkara yang tidak sepatutnya,” katanya ketika ditemui Gempak.
BERITA TRENDING: “Tunggu Sophia Sendiri Beri Kenyataan” - Pengurusan Sophia Albarakbah
BERITA TRENDING: Netizen Lega Sarah Yasmine Tak Kenal Nadhir Nasar - “Alhamdulillah Nadhir Clean"
Bukan itu sahaja, Sophia turut mendedahkan pernah mengalami tekanan sehingga perlu mendapatkan rawatan pakar bagi mengatasi masalah itu.
Sophia bagaimanapun memaklumkan bahawa dia juga tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap individu yang tidak berhenti membulinya dalam media sosial.
“Sebenarnya semua komen-komen itu sudah melampau tetapi saya belum lagi ambil tindakan.
BERITA TRENDING: Patutlah Pilih Ciri Calon Suami Yang Jujur & Tak Curang, Rupanya Sophia Albarakbah Pernah Ditipu Bekas Kekasih
BERITA TRENDING: “Malu Ke Netizen Tahu Dunia Seni Malaysia Teruk…” - Wargamaya Tolak Solidariti Erma Fatima Terhadap Ruhainies & Sophia Albarakbah?
“Namun, kalau masih berterusan, saya akan buat laporan sekiranya itu tindakan yang patut dilakukan untuk menghentikan semua ini,” ujarnya.
Sebelum ini, nama Sophia menjadi sasaran netizen apabila terpalit dakwaan menjalin cinta lokasi dengan penyanyi, Aliff Aziz.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Terkini

Netizen Kagum Budak Usia Tiga Tahun Sertai Pertandingan Tarian - “Mesti Dari Dalam Kandungan Dah Diajak…”

gempak
16/11/2024
15:55 MYT
Seorang kanak-kanak berjaya menarik perhatian netizen dengan kelincahan gerak tarinya semasa menyertai satu pertandingan tarian.
Hiburan

Kongsi Video Duet Bersama Rezza Shah, Netizen Komen Nyayian Sherry Ibrahim -  “Lebih Kurang Je Yang Viral Tu. Sekian. Jujur”

gempak
16/11/2024
09:55 MYT
Video nyanyian pelakon, Sherry Ibrahim bersama penyanyi, Rezza Shah di yang dikongsikan di Instagram berjaya meraih perhatian ramai.
Hiburan

Dipuji Miliki Suara Unik & Klasik, Tapi Ada Juga Netizen Kritik Persembahan Aisyah Aziz – “Nampak Struggle…”

gempak
15/11/2024
14:50 MYT
Kemunculan penyanyi Aisyah Aziz di pentas Separuh Akhir Muzik-Muzik ke 39 (SFMM39) malam tadi mencuri perhatian ramai.
Hiburan

Tengah Sarat Mengandung Pun 'Power', Netizen Puji Nyanyian Nabila Razali - “Ni Lagi Better Daripada...”

gempak
15/11/2024
06:50 MYT
Penyanyi Nabila Razali sekali lagi mencuri tumpuan apabila muncul di pentas Separuh Akhir Muzik-Muzik ke-39, malam tadi.
Hiburan

Anggap Shuib Suami Yang Hebat, Watie Hanifiah Pernah Jadi Seperti Netizen - “Kita Tak Ada Dalam Dunia Mereka…”

gempak
15/11/2024
06:25 MYT
Isteri kepada pelawak Shuib iaitu usahawan Watie Hanifiah mengakui dia juga pernah menjadi seperti netizen yang akan menilai kehidupan selenbriti dengan hanya membaca berita yang dilaporkan.
Unitar