Berita

"Saya Rasa Satu Rezeki Sebab Ayah Meninggal Dunia Di Sebelah Saya, Ketika Saya Ada" - Anak S Atan

gempak
Asyraf Roslan
17/11/2024
01:55 MYT
Sponsor Banner
"Saya Rasa Satu Rezeki Sebab Ayah Meninggal Dunia Di Sebelah Saya, Ketika Saya Ada" - Anak S Atan
Anak ketiga kepada komposer legenda, Allahyarham Datuk S Atan iaitu Rozaini Hashim menyatakan rasa syukur kerana dapat bersama arwah ayahnya saat menghembuskan nafas terakhirnya.
Menurut Rozaini atau mesra disapa Dani, 36, dia sepatutnya mempunyai persembahan di Dewan Filharmonik PETRONAS namun dia mengambil keputusan untuk tidak pergi memandangkan keadaan arwah ayahnya yang tidak mengizinkan.

ARTIKEL BERKAITAN: S Atan Meninggal Dunia

ARTIKEL BERKAITAN: "Selepas Azan Subuh Dia Beri Isyarat 5 Jari, Saya Ingatkan …" - Isteri Allahyarham S Atan

“Sebenarnya saya ada persembahan di DFP, semalam (Jumaat) saya sempat buat show, tapi malam ini saya tak rasa sempat untuk saya pergi, jika arwah masih bernyawa saya tak rasa saya boleh buat persembahan pada malam ini.
“Saya rasa satu rezeki sebab ayah saya meninggal disebelah saya , ketika saya ada,” ujarnya.
Pada masa sama, Dani juga memberitahu bahawa ayahnya mahu dia menjadi menjadi penerus legasi sebagai komposer dan penggubah lagu sepertinya.
“Dia sebenarnya mengharapkan saya mengantikan dia.
“Semasa dia sakit dia menyatakan hasratnya untuk melihat saya mengantikan kerjayanya sebagai komposer namun saya beritahu yang saya tidak mampu.
“Benar saya dalam bidang muzik namun nak jadi macam dia saya tidak mampu cuma apa yang saya boleh katakan saya nak jadi macam dia dengan anak-anaknya,” katanya.
Ditanya mengenai kenangan bersama Allahyarham, Dani berkata, mereka berdua pernah bekerjasama untuk sebuah projek lagu baru.
S Atan atau nama sebenarnya, Hashim Said, 75, meninggal dunia di kediamannya pada jam 3.52 petang, hari ini akibat komplikasi jantung.
Dani adalah anak hasil perkongsian hidup S Atan bersama isteri, Datin Norizan Yeob.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024