Agensi yang menguruskan kerjaya seni Kang Daniel, KCONNECT Entertainment memutuskan untuk merehatkan penyanyi K-Pop, Kang Daniel dari gelanggang seni.

Keputusan itu dibuat disebabkan penyanyi yang popular dengan lagu Days Without You itu dikhabarkan mengalami masalah kesihatan.

Menurut kenyataan rasmi dikeluarkan agensinya, Kang Daniel turut ke hospital selepas kesihatannya bertambah tenat.

"Saya sangat penat, kenapa perkara ini terlalu sukar?" luahannya yang mengakui mula berasa tertekan selepas menerima pelbagai kecaman daripada netizen.

Menurut laporan media antarabangsa, penyanyi itu dia sangat berharap ada seseorang yang dapat membantu mengembalikan semangatnya.

Dalam masa sama, dia juga bersedih apabila ahli keluarganya turut menjadi mangsa dan menerima kecaman dan cacian di laman sosial.

Komen-komen tersebut memberi kesan yang sangat besar dalam kehidupannya sehingga menyebabkan dirinya kemurungan.

Ternyata, penyanyi itu mengalami penyakit mental dan perlukan rawatan serta rehat.

Sumber: Astro Awani