,
Hiburan

"Saya Sangka Muka Cantik Putih Macam Gadis Korea Tetapi ..." - Nadya Syahera Fobia Buat Sulam Bedak

Zulaikha Yusof
15/12/2019
22:02 MYT
Aktres Nadya Syahera berkongsi pengalaman melakukan rawatan sulam bedak pada kulit wajahnya.
Jelas Nadya dia berpendapat wajahnya akan cantik serta merta sejurus usai rawatan tersebut.
"Ya mungkin ada yang tak pernah dengar dan mungkin ada juga yang cakap kenapa buat sulam bedak?
"Alkisahnya sebelum raya haji, saya tengok orang buat sulam bedak sana sini dan saya ingatkan boleh cepat cun lah, macam bangun pagi muka dah cantik.
"Tapi dipendekkan cerita, saya pun pergilah buat sulam bedak salah sebuah spa di Shah Alam.
"Tanpa banyak tanya, saya pun masuk ke dalam bilik untuk buat rawatan. Proses itu dalam 10 minit," tulis Nadya.
Namun, pelakon drama Setelah Terlafaznya Akad itu memberitahu kulitnya berubah menjadi kusam dan berjerawat.
"Saya sangka muka sudah cantik putih macam gadis Korea tapi malangnya tidak!
"Sumpah, saya keluar dari spa itu muka saya kusam! Tapi saya bersangka baik lagi, mungkin esok cantik.
"Tapi tidak! Berterusan dengan kulit kusam dan bermulalah episod naik jerawat.
"Selepas beberapa bulan saya rasa kecewa dengan kulit saya sampai di set penggambaran pun jurusolek artis bising muka jadi teruk," tambahnya.
Nadya kemudiannya mendapatkan khidmat detoks dan mencuci dari dalam kulit dan terpaksa berpantang solek selama tiga hari.
Nasihatnya agar orang ramai jangan sewenang-wenangnya membuat rawatan wajah yang pelik hingga boleh memudaratkan diri kemudian hari.
View this post on Instagram

Morning gaisss! Okay i nak share sikit pengalaman i buat 'Sulam Bedak' . Ya mungkin ada yg tak pernah dgr dan mungkin ada jugak yg cakap awat buat sulam bedak? best ke tak? okay meh i story. Alkisahnya sebelum raya haji haritu, i duk tgk org buat sulam bedak sana sini and i ingatkan boleh cepat cun lah, like macam bangun pagi muka cantik dah gituuu. ( pendek akal ) Tapi dipendekkan cerita, i pun pi lah buat Sulam Bedak dekat one of the famous Medispa yg ada dekat Shah Alam. I pegi tu pun dah lewat dah, around 10pm onward macamtu. so i started my treatment around 11pm macamtu kot. without asking so many question, i pun masuk kedalam bilik utk buat Treatment tu lh, then dorang start cuci sikit muka then terus letak cream yg bagi kebas muka tu. 30min later start proses sulam tu, proses tu kejap gila dalam 10min macamtu jeee, and siappppp! So i pun expect muka i dah cantik putih helokk macam gadis korea lah, tapi malangnyaaa tidak! Sumpah, i keluar dari Medispa tu, muka i KUSAM! tapi i husnuzon lagi, i pikir maybe esok kot cantik. Tapi tidakk ye, berterusan dengan kulit kusam dan bermula lah episod naik jerawat yg satu lubang ada 2ketul. Naik jerawat dekat kawasan yg tak pernah naik jerawat. Jerawat dalam skin yg tak keluar, bila tekan je kat muka, rasa ada biji2 kat dalam. Stress ya! So, lepas beberapa bulan i rasa down teruk dgn skin i sampai pi shooting makeup artis bising muka teruk, dulu okay tp gatal p buat sulam bedak sgt. aduhhh i dh fikir nak kena cuci balik dari dalam sbb kalau tak, masalah jerawat akan berterusan. Sampailah baru ni i jumpa owner @medinaladiessalon , @nurakmalmedina dia cakap i kena detox n cuci balik dari dalam. dan memandangkan i mmg biasa buat facial dekat @medinaladiessalon , i pun terus p buat 4hari lepas, i buat CORAL KOREAN FACIAL, treatment ni mmg akan cuci dari dalam. Lepas facial, i kena pantang makeup atleast 3hari Now hari keempat i dah nampak perbezaan dia, jerawat dlm skin pun dh berkurangan and parut pun makin pudar, lepasni kena repeat lagi sampai lah i dapat 'Glass Skin' hehe Korang kalau muka tu dah licin elok, janganlah gatal2 buat treatment pelik2, kang rosak muka menyesal tak sudah.

A post shared by NS (@nadyasyahera) on

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Isu Artis Mangsa Buli; Syafiq Yusof Gesa Produksi Main Peranan - "Perlu Wujudkan Suasana Friendly"

gempak
23/11/2024
12:55 MYT
Pengarah, Syafiq Yusof, merasakan bahawa pihak produksi perlu memainkan peranan penting di set penggambaran untuk memastikan suasana bekerja yang kondusif dan harmoni.
Hiburan

Pelakon Lelaki Mengaku ‘Tahi Judi’, Pernah Kalah RM8 Juta

gempak
23/11/2024
08:25 MYT
Bekas pemain bola keranjang yang bertukar karier menjadi selebriti, Denny Sumargo mendedahkan pernah menjadi ‘tahi judi’.
Bollywood

Shah Rukh Khan Teruja Kembali Ke Malaysia! - "Saya Bukanlah Orang Penting Untuk Dianggap ..."

gempak
22/11/2024
21:50 MYT
Kehadiran ikon Bollywood Datuk Shah Rukh Khan yang ketika ini berada di Malaysia, mengujakan seluruh tetamu pada majlis pembukaan Bin Zayed International (M) Bhd, di ibu negara hari ini.
Hiburan

Ummi Nazeera Sibuk Di Set ‘Andai Tiada Dia’, Hargai Suami Ambil Alih Tugas Jaga Anak Selama 3 Bulan – “It Makes Me So Happy”

gempak
22/11/2024
15:50 MYT
Pelakon Ummi Nazeera mencuri tumpuan warga maya apabila menzahirkan rasa terima kasih buat suami tercinta Dr Izzar Anwari.
Hiburan

Sarimah Ibrahim Pesan Bakat Baharu Perlu Disiplin, Jangan Terlalu Merendah Diri Hingga Dibuli - “Maruah Kita Patut Tinggi & Mahal Dari Mana-Mana Gaji”

gempak
22/11/2024
05:50 MYT
Pelakon dan pengacara, Che Puan Sarimah Ibrahim berkongsi tips bagaimana dia mampu bertahan dalam industri seni tanah air hampir tiga dekad.
Unitar