Laman Utama

"Saya Sayang Atuk Sejuta Kali" -  Cucu Rindu Najib, Sanggup Tunggu Di Mahkamah Awal Pagi

gempak
Amri Hassan
02/09/2022
06:55 MYT
Sponsor Banner
"Saya Sayang Atuk Sejuta Kali" -  Cucu Rindu Najib, Sanggup Tunggu Di Mahkamah Awal Pagi
Cucu kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Adam Razak sanggup menunggu di luar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, pada Jumaat demi melepaskan rindu buat datuknya.
"Saya rindu dan sayang atuk seribu juta kali," itu yang ditulis Adam pada sekeping kertas yang dipegangnya.
Anak sulung Nooryana Najwa itu hadir bersama ibunya di mahkamah hari ini susulan perbicaraan kes Najib berhubung penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) berjumlah RM2.28 bilion.
Foto terbabit telah dimuat naik Nooryana Najwa di akaun Instagram bersama dialog Adam.
"Kenapa ramai uncle dengan senapang besar dekat dengan atuk?" soal Adam.
Manakala jawab Nooryana Najwa; "Sebab uncles tak nak apa-apa terjadi pada atuk, sayangku..."
Dalam pada itu, Nooryana turut berkongsi momen ringkasnya bersama Adam ketika menunggu ketibaan Najib di perkarangan mahkamah.
"Menunggu kedatangan atuk di mahkamah awal pagi tadi.
"Hanya lambaian atau ‘flying kiss’," katanya yang turut merujuk Adam Razak sebagai ahli sorak Najib.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live