TERKINI
"Saya Sayangkan Kakak & Anak Saudara Saya"- Didakwa Menjadi Punca Kemelut Rumah Tangga Noor Nabila & Sharnaaz Ahmad, Ini Komen Neelofa
Pelakon dan pengacara Neelofa menafikan dakwaan orang ramai yang mengaitkan dirinya menjadi punca kepada kemelut masalah rumah tangga kakaknya, Noor Nabila dan aktor Sharnaaz Ahmad.
Menurut Neelofa, dia berharap agar orang ramai dapat mendoakan yang terbaik buat kakaknya dan Sharnaaz dalam rumah tangga mereka.
"Tidak masuk akal! Saya sayangkan kakak dan anak saudara saya. Saya berharap agar orang ramai dapat memberi sokongan kepada mereka.
"Orang luar tidak tahu apa yang mereka lalui. Jadi saya berharap agar masyarakat dapat mendoakan yang terbaik buat mereka dalam apa jua situasi," katanya kepada Gempak.
Neelofa berkata demikian ketika ditemui pada majlis sidang media pengumuman senarai pencalonan top 5 Anugerah MeleTOP ERA 2019, di Hard Rock Cafe Kuala Lumpur, pada Selasa.
Sebelum ini desas-desus keretakan rumah tangga Nabila dan Sharnaaz mulai diperkatakan ramai apabila beberapa kali berkongsi status sedih di laman sosial.
Sementara itu, undian fasa kedua Anugerah MeleTOP ERA 2019 (AME 2019) untuk menentukan pemenang akhir boleh dibuat menerusi laman web www.anugerahmeletopera.com.my dan dan portal rasmi ERA serta melalui kiriman SMS sehingga 21 April ini.
AME 2019 akan disiarkan secara langsung dari Axiata Arena, Bukit Jalil pada hari Ahad, 21 April 2019.
Must-Watch Video