Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

"Saya Sedih, Berharap Mereka Datang Majlis Kahwin Saya..." - Syasya Rizal

Amri Hassan
26/06/2024 03:30 MYT
Bekas anggota kumpulan Dolla, Syasya Rizal akui sedih apabila majlis resepsi perkahwinannya yang berlangsung baru-baru ini tidak dihadiri oleh Sabronzo, Tabby & Angel.

Namun, Syasya percaya ketiadaan mereka yang dianggap sebahagian daripada keluarganya disebabkan tuntutan kerja yang bertindan dengan tarikh majlisnya.

"Ketika saya decide tarikh pun saya tak tahu mereka ada show, mereka kata akan cuba datang tapi memang clashing. Saya sedih dan berharap mereka akan datang.

"Kami umpama sisters. Saya pun tak tahu saya yang pertama kahwin. Dulu saya selalu cakap, kalau Sab (Sabronzo) kahwin saya harap saya akan dapat menyanyi pada majlis itu. Itu antara perkara yang saya nak tapi tak dapat tapi tak apalah, kerja Dolla dan jadual susah. Tak semua kita nak kita dapat," katanya menerusi temubual eksklusif Motif Trending untuk Gempak Most Wanted.

Kacau emosi

Mengimbas semula tentang detik-detik awal pengunduran diri Syasya daripada Dolla, dia memilih untuk berbincang dengan pihak pengurusan syarikat rakamannya sebelum bertemu dengan ketiga-tiga anggota kumpulannya.

"Saya ke syarikat pengurusan dahulu, Dolla sibuk dengan brand promotion dan saya tak tahu nak break the news to them. Kalau tak ada seorang, akan beri kesan kepada keseluruhan kumpulan.

"Kemudiannya, saya beritahu kenapa sebab nak keluar dari Dolla. Lepas itu, syarikat beritahu mereka bertiga, mereka takut akan kacau emosi. Kemudiannya saya berjumpa mereka personally dan maklumkan kepada mereka.

"Itu juga salah satu keputusan susah untuk dibuat. Hidup saya berkaitan Dolla, sampaikan belajar pun saya letak tepi. Kalau saya sedih, Dolla pun lagi sedih. Adakah betul keputusan saya buat ni? Hakikatnya, struggle ni kami berempat saja tahu... Kami lalui perjalanan ini.

"Bila nak tinggalkan mereka bertiga pun susah, mereka banyak sokong saya. Saya mula umpama baby, guide saya segalanya. Tapi mereka sokong, untuk better journey juga.

"Walaupun susah, tapi saya tak boleh nak semua benda, insyaAllah in future saya akan jumpa mereka lagi, saya akan sokong mereka. Mereka akan lebih menyinar lagi, saya harap mereka tahu yang saya sentiasa cheer for them," katanya.

BERITA TRENDING: “I Pernah Gurau Dengan Sabronzo.. Bila Wedding Nanti..” | Motif Trending

BERITA TRENDING: Beri Baju Lama Kepada Adik, Syasya Rizal Selesa Sarung Abaya

BERITA TRENDING: “Kalau Saya Tak Ada Masa, Suami Tolong Gosokkan” - Syasya Rizal Dah Lama Niat Nak Bertudung, Kehidupan Makin Tenang

BERITA TRENDING: Majlis Resepsi Serba Serbi Mewah, Ibu Dedah Syasya Terima Tajaan RM5 Juta Barang Kemas - “Alhamdulillah Ada Banyak Tajaan Yang…”

Untuk temubual penuh bersama Syasya Rizal dan suami, Nasrullah, jom tonton video Motif Trending Gempak Most Wanted.

#Kahwin #Viral #Resepsi #DOLLA #Sabronzo #Pengurusan #Motif Trending #Syasya Rizal #Nasullah