Hiburan

“Kalau Saya Tak Ada Masa, Suami Tolong Gosokkan” - Syasya Rizal Dah Lama Niat Nak Bertudung, Kehidupan Makin Tenang

gempak
Asyikin Mayudin
10/06/2024
03:55 MYT
Sponsor Banner
“Kalau Saya Tak Ada Masa, Suami Tolong Gosokkan” - Syasya Rizal Dah Lama Niat Nak Bertudung, Kehidupan Makin Tenang
Bekas ahli kumpulan Dolla iaitu Syasya Rizal mengakui dia sudah lama menyimpan hasrat untuk bertudung namun mengambil masa untuk berubah disebabkan masih terikat dengan kerja.

Syukur Dapat Ubah Penampilan

Bagaimanapun, Syasya melahirkan rasa syukur apabila dapat mengubah penampilannya biarpun masih perlahan-lahan untuk istiqamah.

BERITA TRENDING: Netizen Dakwa Nenek Tak Restu, Ini Jawapan Syasya Rizal & Suami

BERITA TRENDING: Majlis Resepsi Serba Serbi Mewah, Ibu Dedah Syasya Terima Tajaan RM5 Juta Barang Kemas - “Alhamdulillah Ada Banyak Tajaan Yang…”

“Sebenarnya saya memang dah ada niat nak bertudung lama la juga tapi sebab kerja, saya rasa tak sesuai sangat dengan personaliti saya ketika bersama Dolla.

“Bila saya keluar dari Dolla, Alhamdulillah dah kahwin sekarang, jadi saya rasa inilah masa sesuai untuk perlahan-lahan istiqamah dan mencari hala tuju baharu dalam hidup.

“Saya masih perlahan-lahan untuk belajar dan masih mencari style tudung yang sesuai untuk wajah saya… tengah beli-beli tudung juga. Slowly but surely,” kata Syasya kepada Gempak.

Kehidupan Lebih Tenang

Syasya turut memberitahu kehidupannya juga kini semakin tenang selain bersyukur mempunyai seorang suami, Nasrullah yang banyak membantunya.
“Alhamdulillah tenang, sekarang ini pun ada suami saya yang banyak juga beri nasihat. Kadang-kadang kalau saya tak ada masa nak gosok tudung, dia yang tolong. Bila ada dia senang la juga,” ujarnya.

Tak Buang Pakaian Lama

Dalam pada itu, Syasya juga berkata pakaian lamanya tidak dibuang sebaliknya diberikan kepada adik perempuannya.
“Baju lama-lama tak buang tapi ada yang bagi dekat adik. Mana yang boleh dipakai balik, saya beri kepada adik sebab dia masih kecil kan. Tapi memang kita ubah semua pakaian saya.
“Mula-mula kita kena rembat tudung orang dulu (tudung ibu) untuk tengok sesuai ke tak,” katanya lagi.

Ibu Syasya

Sementara itu, ibu kepada Syasya iaitu Farah Farina Abd Razak atau mesra disapa sebagai Riena turut mendedahkan anaknya itu sememangnya bertudung ketika zaman sekolah.
“Syasya ini masih sekolah dia memang bertudung sebelum dia aktif dalam dunia menari dan Dolla. Bila kali dia nak bertudung, saya minta dia fikir betul-betul, buat keputusan betul-betul.
“Jangan main-main, hanya sekadar nak pakai sebab nak jual. Jangan main agama. Tapi dia kata memang nak belajar, jadi saya sokong dia. Saya terkejut juga la tiba-tiba dia nak pakai tudung.
“Saya sokong saja sebab dia pun ada rembat tudung saya,” katanya.
BERITA TRENDING: Perancangan Untuk Ada Konsert Pertama Masa Syasya Masih Ahli Dolla - “Perasaan Kami ‘Bittersweet’ & Sudah Tentu Masih…”
BERITA TRENDING: Sebulan Kahwin, Syasya Buat Lunch Box Buat Suami - "Main Masak-Masak"
BERITA TRENDING: Rozie Othman Kecewa Syasya Keluar Dolla! - "Nama You Tengah Naik & You Buat Keputusan Berkahwin"
BERITA TRENDING: “Rancangan Mendirikan Rumah Tangga Antara Faktor Pengunduran Syasya Daripada DOLLA” – Pengarah Urusan Universal Music Malaysia
BERITA TRENDING: Syasya Umum Nikah, Ada Peminat Happy & Ada Yang ‘Kecewa’ – “Itu Bukan Green Flag”
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live