Laman Utama
“Saya Segan, Risau Lakonan Hancur” - Rupanya Azman Naim Pernah Tolak Watak Gerhana
Pelakon Azman Naim mendedahkan pernah menolak tawaran untuk berlakon watak Gerhana dalam Kampong Pisang Berbuah Dua Kali.
Menurut Azman, dia juga tidak menyangka arwah Mamat Khalid menawarkannya untuk memegang salah satu watak utama dalam filem tersebut.
“Saya segan sebab ini adalah filem saya yang pertama dan tiba-tiba kena jadi salah seorang pelakon utama.
“Saya menolak pada awalnya bila abang Mamat tawarkan saya untuk watak ini sebab saya risau kalau lakonan hancur, ialah kita mana faham bab-bab seperti ini,” katanya kepada Gempak.
Mengulas mengenai netizen yang memberikan pujian terhadap lakonannya, Azman menyatakan rasa syukur dan memohon maaf sekiranya terdapat kekurangan sewaktu menjadi Gerhana.
“Jadi dari sudut lakonan itu… Kalau mereka kata bagus saya tidak pasti, apa yang saya tahu saya hanya melakonkan diri saya sendiri.
“Sebab Gerhana ini adalah diri saya 10 tahun yang lepas. Itu adalah guideline asas yang ditetapkan oleh arwah abang Mamat untuk saya dalam Kampong Pisang Universe ini.
“Jika ada yang suka… Alhamdulillah terima kasih saya ucapkan. Saya juga ingin memohon maaf sekiranya saya ini ada terkurang dari sudut menyampaikan watak.
“Maklumlah pertama kali berlakon dan saya hanya mengikuti guideline yang arwah telah beri dan disambung pula oleh anaknya, Amen Khalid sebagai pengarah.
“Saya cuba kekalkan saya punya identiti dan watak Gerhana daripada penggambaran sebelum ini sampailah ke filem ini.
“Apa-apa pun saya agak terkejut kenapa mereka boleh suka lakonan saya. Tetapi saya dengan ikhlas ingin mengucapkan terima kasih pada semua,” jelasnya.
Bagi yang belum menonton, saksikan komedi seram, Kampung Pisang Berbuah Dua Kali di Pawagam Rumah Anda, Astro First.
Untuk melanggan sila ke saluran 480 atau anda juga boleh strim di Astro Go atau On Demand. Dengan hanya RM15, anda boleh menonton selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang.
Kampong Pisang Berbuah Dua Kali juga kini boleh ditonton di pawagam.
Ikuti info dan klip-klip menarik tentang filem ini menerusi akaun Instagram, Facebook, Twitter Astro Shaw dan Astro Gempak.
Terdahulu, Amen Khalid pernah mengarahkan telefilem Sis Ngensot dan Pochong yang ditayangkan di saluran BOO (404).
Must-Watch Video