Memulakan kerjaya seni di usia yang muda, YouTuber dan penyanyi Alyssa Dezek mengakui dia pernah rasa ‘down’ apabila membaca komen kecaman daripada netizen di laman sosial.

Bagaimanapun, Alyssa atau Aryanna Alyssa Dezek, memberitahu dia kini hanya akan membiarkan saja komen negatif itu.

“Dulu masa awal pembabitan saya dalam industri, saya selalu baca komen dan ia buat saya rasa ‘down’ tapi lama-lama saya dah tak hirau sangat.

“Siapa yang sokong saya di ruang komen, saya akan balas. Tapi kalau yang kecam itu, saya tak buat apa-apa,” kata Alyssa kepada Gempak.

Alyssa ditemui ketika majlis pelancaran video muzik (MV) Welcome To My World yang diadakan di SkySymphony stage, SkyAvenue, Resort World Genting, Genting Highland baru-baru ini.

Selain Alyssa, empat selebriti lain iaitu As’ad Motawh, Zee Avi, Jestinna Kuan dan Nana Sheme turut terlibat dalam MV lagu tersebut.

Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.