Hiburan

Saya Selalu Bergaduh Dengan Sharnaaz Ahmad - Noor Nabila

gempak
Kamaruddin Razal
10/01/2017
12:00 MYT
Sponsor Banner
Saya Selalu Bergaduh Dengan Sharnaaz Ahmad - Noor Nabila
Kakak kepada pengacara Neelofa, Noor Nabila mengakui dirinya selalu bergaduh dengan kekasihnya, aktor Sharnaaz Ahmad.
Menurut Nabila atau nama sebenarnya, Noor Nabila Mohd Noor, 33, sikap Sharnaaz yang baik dan bertanggungjawab meyakinkan dirinya untuk menerima kehadiran lelaki itu sebagai seorang suami.
"Saya yakin Sharnaaz adalah orangnya. Sikap Sharnaaz yang baik membuatkan saya terpikat. Adat pasangan yang menjalinkan hubungan cinta, kadangkala kami selalu bergaduh.
"Apabila saya sudah yakin Sharnaaz adalah lelaki yang benar-benar sesuai untuk menjadi suami saya, tak kiralah berapa kali hubungan kami pasang surut atau berapa kali kami bergaduh pun, saya tetap yakin.
"Bagi saya, sebagai pasangan, hubungan itu tidak normal jika tiada pergaduhan. Kami juga manusia biasa," kata Nabila kepada Astro Gempak.
Tambah Sharnaaz, pergaduhan yang terjadi bukan bermakna hubungan mereka tamat setakat itu sahaja.
"Apabila kami bergaduh, tak bermaksud perhubungan kami tamat atau menghampiri jalan buntu. Selepas selesai bergaduh, hubungan kami naik ke satu tahap yang lain.
"Perhubungan kami menjadi bertambah erat selepas kami selesaikan masalah yang terjadi. Bak kata orang, gaduh-gaduh manja. Makin gaduh, makin sayang," kata Sharnaaz pula.
Selepas selesai majlis merisik pada 18 Disember 2016, Sharnaaz atau nama sebenarnya, Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad, 32, mengambil keputusan untuk mengahwini Nabila selepas berkenalan hampir dua tahun.
Sharnaaz dan Nabila bakal melangsungkan pernikahan pada 31 Mac ini di kediaman pengantin perempuan yang terletak di Kuala Lumpur.
Teks oleh: Kamaruddin Razal Foto: Instagram @sharnaazahmad @bcreative_productions
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024