Hiburan

“Siapa Makcik Untuk Masuk Kawasan Rumah Saya Suka-Suka Hati?” - Cik Epal Bengang Dengan Mak Dewi, Dakwa Siap Ada Akses Kad

gempak
Mya Amri
04/11/2024
05:55 MYT
Sponsor Banner
“Siapa Makcik Untuk Masuk Kawasan Rumah Saya Suka-Suka Hati?” - Cik Epal Bengang Dengan Mak Dewi, Dakwa Siap Ada Akses Kad
Konflik perceraian antara pasangan pempengaruh Cik Epal dan bekas suaminya, Jofliam nampak tidak berkesudahan.

Persoal ibu Dewi bebas keluar masuk rumah

Terbaharu, Cik Epal menerusi hantaran di Insta Story meluahkan rasa bengang apabila ibu kepada Dewi iaitu wanita yang didakwa menjadi punca perceraiannya dikatakan mula campur tangan.
Cik Epal mendakwa ibu kepada Dewi secara suka hati bebas keluar masuk ke kawasan rumah yang pernah diduduki bersama bekas suaminya.
Malah dakwa Cik Epal, wanita itu juga turut memiliki akses kad rumah berkenaan.
“Mentang-mentang anak dekat Indonesia sekarang. Mak Dewi dah jadi balaci duda aku dan Dewi ke dekat Malaysia sekarang?
“Itu masih rumah saya tau makcik. Sanggup eh tak malu datang rumah saya nak report semua benda dekat depa. Tak payah semak jadi balaci depa.

“Yang paling aku tak boleh brain, mak Dewi ada access card ke rumah aku eh? Wow!

“Mendonia makcik eh boleh masuk rumah saya bila-bila makcik nak.

“Siapa makcik untuk masuk kawasan rumah saya suka-suka hati?” tulisnya.

Tak kisah kalau nak saman
Dalam hantaran lain, Cik Epal juga menyatakan dia tidak berasa gentar sekiranya wanita itu ingin menyamannya.

“Kepada mak Dewi, Makcik nak saman saya? Samaniah saja. Sedikit pun saya tak gentar.

“Saya tak kosong. Semua benda ni fakta dan saya ada bukti,” maklumnya.

Terdahulu, kecoh di media sosial mengenai status hubungan Jofliam dan Cik Epal, malah pelbagai khabar angin mula timbul mengenai rumah tangga mereka termasuk dakwaan kehadiran orang ketiga.
Selepas sepuluh tahun melayari bahtera perkahwinan, akhirnya Cik Epal mengesahkan dirinya sudah bercerai dengan bekas suaminya, Jofliam menerusi Instagram pada 9 Oktober lalu.

ARTIKEL BERKAITAN:Cik Epal Failkan Tuntutan Hak Jagaan Anak, Jofliam Akan Cerita Sebenar Dalam Mahkamah

ARTIKEL BERKAITAN:Dewi Pulangkan Semula Hadiah Beg Coklat RM12K Dari Jofliam - “Saya Tak Tahu Ini Beg Orang Lain…”

ARTIKEL BERKAITAN:Cik Epal Dedah Pernah Buang Ego & Cuba Perbaiki Hubungan - “Cuma Dengan Kes Milan Buat Hati Hancur & Tertutup Untuk duda Aku”

ARTIKEL BERKAITAN:“Ambil Je La Duda Aku, Aku Sedekah Dekat Sesiapa Yang Memerlukan” - Cik Epal

ARTIKEL BERKAITAN:Cik Epal Mohon Maaf Soal Isu Tak Jaga Iddah - “Saya Akan Perbaiki Kelemahan, Siapa Je Kahwin Nak Bercerai…”

Bagaimanapun Cik Epal kemudian menegaskan bekas suaminya, Jofliam tidak pernah berlaku curang sepanjang 10 tahun mereka mendirikan rumah tangga seperti yang didakwa ramai.
Imbas kembali, Cik Epal dan Jofliam mendirikan rumah tangga pada 1 Jun 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Han dan Yuki.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024