Covid-19

“Saya Tahu Ramai Yang Risau, Setakat Ini Tiada Bukti Saintifik Jangkitan Melalui Makanan” - Dr Noor Hisham

Mya Amri
12/05/2020
05:18 MYT
Tiada bukti saintifik yang mengesahkan bahawa jangkitan COVID-19 boleh menular kepada manusia melalui makanan, demikian tegas Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, lapor Awani
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan itu, Kementerian Kesihatan Malaysia menyedari kebimbangan orang ramai susulan penutupan kilang ayam selepas pekerjanya didapati positif COVID-19.
Bagaimanapun, setakat ini KKM masih menunggu laporan penuh daripada Jabatan Veterinar berhubung kes tersebut. “Saya rasa ramai yang risau mengenai isu ini dan kalau kita lihat setakat ini tidak jangkitan melalui makanan.
Jadi, kalau melihat kepada kilang ayam contohnya, dalam proses dan kita tunggu sama ada virus tersebut ada dalam haiwan, seperti ayam.
“Setakat ini kita menunggu kajian daripada Jabatan Veterinar,” katanya dalam sidang media harian, di sini pada Isnin.
Sehubungan itu, Dr Noor Hisham menyarankan agar makanan mentah yang dibeli oleh pengguna dimasak dengan baik bagi mematikan sebarang kemungkinan virus yang terdapat pada makanan tersebut. Terdahulu, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri tiga premis diarahkan tutup sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) termasuk kilang memproses ayam di Negeri Sembilan.
Sumber: Astro Awani
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

COVID-19: Tiada Lagi Kuarantin Di Rumah Mulai 15 Julai

gempak
05/07/2024
18:40 MYT
Individu positif Covid-19 tidak lagi dikenakan Perintah Pengawasan dan Pemerhatian (HSO) atau kuarantin di rumah dan tidak perlu melaporkan status positif ujian kendiri dalam aplikasi MySejahtera berkuat kuasa 15 Julai ini.
Hiburan

Rezeki Berlakon Datang Gara-Gara COVID-19, Arfie Shah Akui Masih Nervous Setiap Kali Uji Bakat Lakonan

gempak
05/07/2024
03:55 MYT
Pelakon baharu, Arfie Shah mendedahkan yang dia membina badan sebelum menjalani penggambaran bagi drama siri Astro Originals, X-Change.
Berita

AstraZeneca Tarik Balik Vaksin COVID-19 Di Seluruh Dunia

gempak
08/05/2024
04:36 MYT
Syarikat farmaseutikal global Britain-Sweden, AstraZeneca menarik balik vaksin COVID-19 di seluruh dunia, lapor Telegraph semalam.
Hiburan

"Jual Kopi Tepi Jalan, Kena Angkut Majlis Perbandaran" - Bekas Finalis Hero Remaja 2021 Farhan Nordin

gempak
13/04/2024
12:00 MYT
Finalis Hero Remaja 2021, Farhan Nordin pernah jual air kopi tepi jalan.
Hiburan

Syukur Sembuh Covid Kali Ketiga, Che Ta Belum Rancang Nak Sambung Rai Anniversary Kahwin - “Tak Ada Mood Nak Buat”

gempak
08/01/2024
07:55 MYT
Terbantut Che Ta nak sambut anniversary dengan suami.