Pelakon Syafiq Kyle menafikan sekerasnya dakwaan yang mengatakan dia mengeluarkan kenyataan dengan membuat pengumuman bakal melangsungkan perkahwinan bersama pelakon Mimi Lana pada tahun hadapan.
Syafiq berkata, jawapan yang diberikan telah diubah, memandangkan dia tidak pernah menyatakan sebarang tarikh rasmi bagi penamatan zaman bujangnya.
“Baru-baru ini, saya ada ditemu bual menerusi panggilan telefon bagi mempromosikan filem Siku 12. Pada akhir temu bual itu, saya ditanyakan soalan provokasi - bilakah saya akan tamatkan zaman bujang.
“Secara jujur dan menghormati penulis, saya beritahu mungkin bukan tahun ini dan tiada perancangan dilakukan selain jadual saya yang padat sehingga hujung tahun.
“Saya menjawab soalan di atas setelah ditanya ura-ura yang saya telah melakukan persiapan untuk majlis pernikahan pada penghujung tahun ini.
“Sepanjang temu bual berlangsung, saya tidak pernah menyatakan sebarang tarikh atau melakukan sebarang pengumuman,” katanya kepada Gempak.
Dalam masa yang sama, Syafiq berkata yang dia pasti akan mengumumkan tentang tarikh pernikahan jika telah sampai masanya.
“Saya mempunyai keluarga yang perlu saya jaga hati mereka… begitu juga dengan Mimi Lana. Insya-Allah, saya akan beritahu bila semuanya sudah pasti, doakan yang baik baik untuk kami,” tutup Syafiq.
Terdahulu, media tempatan melaporkan yang Syafiq bakal berkahwin dengan Mimi Lana pada tahun hadapan. Menerusi laporan berkenaan, Syafiq juga dikatakan mungkin tidak akan mengikat tali pertunangan dan terus ke fasa pernikahan.
Izwan Isa
Sat Sep 24 2022
16 Kali Buat Pembedahan, Katie Price Dakwa Pemilik P*yudara Terbesar Di Britain
Model Katie Price mendakwa dirinya sebagai pemilik payudara terbesar di Britain dengan ukuran 2120 CC menerusi beberapa siri pembedahan yang dilakukan terhadap aset tersebut.
Pasangan Jutawan Beri Harta, RM20 Juta Kepada Orang Awam Untuk Jadi Sami
Pasangan usahawan yang juga jutawan terkenal dari Gujarat, India sanggup melepaskan kehidupan mewah demi menjadi sami
"Tak Boleh Berhenti Senyum" - Kamal Adli, Uqasha Senrose Bakal Timang Baby Girl!
Kamal & Uqasha bakal menimang cahaya mata tidak lama lagi.
Penyanyi Lagu Sandiwara Cinta Jual Duku, Grup Repvblik Kurang Job
Kumpulan Repvblik pernah menjadi popular di Malaysia berkat lagu hit mereka, Sandiwara Cinta dan Selimut Tetangga.
Okey Dengan Ibu Tiri, Mia Sara Gembira Tengok Afdlin Bahagia - "Tak Ada Apa-Apa Perasaan Buruk..."
Setelah hampir setahun mendirikan rumah tangga, pelakon dan pengarah, Datuk Afdlin Shauki akhirnya memperkenalkan isterinya, Datin Marcella secara terbuka kepada media. Sehubungan itu, Gempak sempat menemu bual anak kepada Afdlin Shauki iaitu Mia Sara berkaitan kemeriahan sambutan hari raya tahun ini bersama ibu tiri. Menurut Mia, dia menerima
Shiha Zikir Mohon Jangan Sibuk Tanya Soal Jodoh - "Kadang Kita Tak Tahu Apa Yang Seseorang Tu Tengah Hadap”
Jangan tanya soalan sensitif.
Sheriff: Raih RM6.4 Juta Dalam 3 Hari Tayangan, Netizen Kata - “Antara Filem Terbaik Pernah Ada Di Malaysia!”
Ramai yang nak tengok lagi sekali guys,.
Hantar 8,000 Surat, Pengintip Obses Harry Styles Dipenjara & 10 Tahun Tak Boleh Tonton Konsert
Seorang wanita yang mengintip dan terlalu obses dengan penyanyi Harry Styles telah dijatuhi hukuman penjara kerana sikapnya itu.
Sharifah Sakinah Enggan Fikir Soal Cinta - “Umur Saya Dah Berapa Nak Ada Boyfriend…”
Sakinah sentiasa terbuka mengenali seseorang.
Osman Ali Kecewa Hero Popular Tarik Diri Tiga Hari Sebelum Shooting - "Terpaksa Cari Pengganti"
Pengarah terkenal Osman Ali meluahkan rasa kecewanya apabila seorang pelakon popular yang sepatutnya menjadi hero kepada naskhah terbaharunya menarik diri saat akhir