gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
From Saga With Love Diiktiraf Antarabangsa, Lonjak Pelancongan Malaysia Ke Jepun
HIBURAN
"Berpisah Di Dunia Hanya Sementara, Kita Akan Berkumpul Lagi Di Akhirat" - Ibu Aliff Aziz
VIRAL
Isu Lagu Remix Dua Lipa & Bollywood Dalam Majlis Selawat, Imam Masjid Merbok Mohon Maaf - "Sebagai Menebus Kesalahan Saya Sedekahkan..."
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

VIRAL

Isu Lagu Remix Dua Lipa & Bollywood Dalam Majlis Selawat, Imam Masjid Merbok Mohon Maaf - "Sebagai Menebus Kesalahan Saya Sedekahkan..."

Amri Hassan
Amri Hassan
12/07/2025
13:43 MYT
Sponsor Banner
Isu Lagu Remix Dua Lipa & Bollywood Dalam Majlis Selawat, Imam Masjid Merbok Mohon Maaf - "Sebagai Menebus Kesalahan Saya Sedekahkan..."
Baru-baru ini, tular di media sosial satu potongan video yang memaparkan suasana dalam sebuah majlis selawat yang berlangsung di Masjid Al Busyra, Merbok, Kedah.
Video tersebut mencetuskan pelbagai reaksi netizen apabila kedengaran lagu remix termasuk lagu popular antarabangsa nyanyian Dua Lipa serta elemen muzik Bollywood dimainkan dalam majlis berkenaan.
Ramai netizen meluahkan rasa kurang senang dan menganggap unsur hiburan seperti itu tidak sesuai untuk dimasukkan dalam sebuah majlis yang bersifat keagamaan dan penuh kemuliaan seperti selawat.
Susulan penularan video itu, Imam dan Pengerusi Masjid Al Busyra Merbok, Mohd Firdaus Mat Akhir atau lebih dikenali sebagai Firdaus Firabib tampil membuat permohonan maaf secara terbuka menerusi satu kenyataan yang dimuat naik di Facebook.
“Saya, Mohd Firdaus bin Mat Akhir, Imam dan Pengerusi Masjid Al Busyra Merbok, dengan rendah diri dan hina serta dengan kemuliaan Rasulullah S.A.W., mohon ampun kepada Allah S.W.T dan mohon maaf kepada semua yang tidak senang dengan adegan dalam Majlis Sejuta Selawat di Masjid Al Busyra Merbok baru-baru ini,” tulisnya.
Firdaus turut menegaskan bahawa dirinya tidak berkecil hati dengan teguran orang ramai, malah menyambut baik segala nasihat yang diberikan dengan niat yang ikhlas.
“Demi Allah saya tak berkecil hati dengan teguran yang baik dari mereka yang ikhlas dan benar," tambahnya.
Katanya lagi, dia tidak berniat untuk mempertahankan diri sendiri, walaupun mempunyai alasan yang boleh diberikan.
“Saya sedikit pun tidak ingin mempertahankan diri saya yang lemah dan sering melakukan kesalahan walaupun saya boleh memberi berbagai alasan untuk mendapatkan sokongan.
“Saya maafkan semua mereka yang mencaci dan menghina saya dalam ruangan komen dan perkongsian," ujarnya.
Sebagai langkah untuk menebus kesilapan, Firdaus akan menyumbangkan lima ekor lembu kepada lima lokasi berbeza yang akan menganjurkan majlis mawlid pada masa akan datang.
“Sebagai menebus kesalahan dan kesilapan saya, pada Mawlid yang akan datang tidak lama lagi, saya akan sedekahkan lima ekor lembu kepada lima tempat yang berasingan yang akan meraikan majlis Mawlid. Sila hubungi PA saya jika masjid, surau atau madrasah memerlukan lembu sempena Majlis Mawlid akan datang," katanya.
Topic Berkaitan
#Viral
#Bollywood
#Masjid
#Selawat
#maaf
#Dua
#Imam
#Kedah
#Remix
#Lipa'
#Merbok
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement