“Saya Tak Keluar Cari Mereka” - Engku Emran
Gempak
25/09/2023 03:50 MYT
25/09/2023 03:50 MYT
Usahawan Engku Emran berkongsi luahan hati yang agak panjang menerusi kemas kini terbaharu di Instagram.
Menurut Emran, dia menerima banyak mesej daripada orang yang dikenali, rakan-rakan, teman-teman dan juga keluarga, bertanyakan sama ada dia berada dalam keadaan okey.
Suami kepada Noor Nabila itu berkata, sungguhpun dia melalui saat yang agak sukar buat masa ini, namun Emran menyatakan yang dia berada dalam keadaan baik.
“Seperti apa yang saya beritahu Mummy (arwah ibu), kita tidak boleh kawal apa yang orang nak tulis tentang kita dan kita tidak boleh kawal apa yang kita baca.
“Rahmat terbesar daripada semua ini ialah Mummy sudah tiada untuk baca semua itu sebab saya tahu, dia akan sangat sedih jika dia masih hidup hari ini,” tulisnya.
Emran menambah, dia juga tertanya-tanya kenapa Allah mempertemukan dirinya dengan tiga wanita luar biasa, untuk menjadi menantu-menantu ibunya.
“Saya tak keluar cari mereka, atau rancang untuk mengahwini mereka… Tetapi mereka datang dalam hidup saya ketika saya sedang bekerja dan kami jatuh cinta.
“Seorang (Erra Fazira) menghadiahkan saya anak (Erra Fazira). Seorang (Laudya Cynthia Bella) memperkenalkan saya kepada individu hebat di Indonesia dan mengerjakan haji bersama saya sementara seorang lagi (Noor Nabila) menjadikan saya seorang anak yang lebih baik kepada Mummy,” katanya.
Nabila dan Engku Emran mendirikan rumah tangga pada 19 Mac tahun lalu. Sebelum itu, Nabila pernah mendirikan rumah tangga dengan aktor, Sharnaaz Ahmad pada 31 Mac 2017 dan bercerai secara hakam pada 9 Julai 2020 di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan.
Menerusi perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Jebat Jayden yang kini berusia lima tahun.
Manakala, Emran pernah berkahwin dengan selebriti jelita iaitu Erra Fazira dan mempunyai seorang anak perempuan, Engku Aleesya.
Dia juga pernah berkahwin dengan aktres popular Indonesia, Laudya Cynthia Bella, namun mereka tidak dikurniakan cahaya mata.
BACA: Noor Nabila, Engku Emran Bakal Bercerai
BACA: “Tiga Perkahwinan Bukan Gagal, Sebaliknya…” - Engku Emran Mohon Hormati Noor Nabila