Mula berhijab sejak awal bulan lalu, pelakon dan usahawan, Tya Arifin akui dia mahu bersikap adil pada dirinya dan tidak mahu menipu orang ramai.

Menerusi HLive! Tya menjelaskan, tahun 2020 sangat besar buat dirinya kerana menyimpan hasrat untuk membantu lebih ramai wanita dalam menjana pendapatan.

"Namun apa gunanya kalau kita nak bantu orang, tapi diri sendiri kita tidak adil. Rasa macam menipu.

"Disebabkan itu Tya mahu ubah diri sendiri dan kemudian barulah bantu orang lain. Inilah hikmahnya," katanya.

Tambahnya, keputusan untuk mula berhijab juga banyak didokong oleh suami dan keluarga.

"Mereka banyak bagi sokongan dan buat Tya sedar. Alhamdulillah semuanya memberi respon positif," katanya.

Terdahulu, Tya telah mendirikan rumah tangga dengan anak tiri Datuk Seri Siti Nurhaliza, Asyraf Khalid pada 1 November 2015.

Hasil perkongsian hidup, pasangan ini telah dikurniakan dua orang cahaya mata, Arif Jiwa dan Azzahra Jiwa.

Untuk berita hiburan yang padat dengan informasi, jangan lupa saksikan HLive! yang bersiaran pada setiap Isnin hingga Sabtu pada jam 8.30 malam di Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123).