Hiburan

"Saya Tak Pernah Komen Politik, Tapi..." - Hans Isaac Kritik Tindakan Donald Trump

gempak
Asraf Aided
24/03/2020
08:37 MYT
Sponsor Banner
"Saya Tak Pernah Komen Politik, Tapi..." - Hans Isaac Kritik Tindakan Donald Trump
Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS), Datuk Hans Isaac menyelar tindakan presiden Amerika Syarikat, Donald Trump yang mahu membeli vaksin pencegahan COVID-19 secara eksklusif buat Amerika Syarikat sahaja.
Hans meluah perkara itu menerusi sebuah entri di akaun Instagram miliknya hari ini.
Menurut Hans, dia tidak dapat menerima sikap ego dan cara pemikiran Trump dalam hal tersebut.
"Maaf, saya tak pernah komen berbentuk politik, tetapi saya tak dapat menerima sikap ego dan cara pemikiran yang tidak munasabah ini.
"Macam manalah dia mendapat undian untuk bergelar presiden Amerika Syarikat?" tulis Hans.
Vaksin yang mahu dibeli secara ekskulif oleh presiden Amerika Syarikat tersebut dihasilkan oleh sebuah syarikat perubatan di Jerman.
Dalam pada itu, Hans turut mengucapkan syabas kepada negara Jerman kerana tetap pendirian dan tidak terpedaya dengan pelawaan Trump.
"Syabas diucapkan kepada Jerman kerana tetap pendirian," tambahnya.
Ruangan komen entri tersebut juga dipenuhi reaksi tidak puas hati netizen terhadap isu tersebut.
Sebagai rakyat Malaysia, mari kita sama-sama mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan dari pihak kerajaan untuk menghentikan penularan wabak COVID-19 dengan segera.
Apapun, pastikan anda selalu mencuci tangan menggunakan sabun selama sekurang-kurangnya 20 saat, pakai topeng muka ketika perlu, gunakan 'sanitizer', kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah COVID-19!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024