Laman Utama
"Saya Tak Pernah Tengok Neelofa Mengata Orang ..." - Sajat
Usahawan kosmetik, Nur Sajat tampil mempertahankan selebriti Noor Neelofa selepas berterusan dilanda kontroversi panas.
Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruzzaman menyifatkan Neelofa seorang wanita yang baik serta kuat dalam menghadapi cemuhan netizen.
"Wanita sangat kuat walaupun banyak yang orang kecam beliau. Biasanya orang bersinar ini pasti ramai yang dengki.
"Saya tak pernah tengok beliau mengata orang malah dia sangat buat hal diri sendiri sahaja. Mengenali Neelofa seorang sangat baik," tulisnya menerusi Instagram Stories.
Dalam pada itu, penyanyi lagu Bobo Di Mana menyatakan dia pernah bertemu secara empat mata dengan isteri Pencetus Ummah (PU) Haris Ismail pada enam tahun lalu.
"Rindu masa ikut Cicie make up kan Neelofa enam tahun lepas adalah kenangan saya bertemu secara live bersama Neelofa.
"Kami sentiasa sokong awak. Hidup Neelofa," tulisnya lagi.
Pada pagi Khamis, Neelofa dan suami, Haris didakwa di Mahkamah Majistret Seremban, Negeri Sembilan atas tuduhan pelanggaran SOP selepas merentas negeri bagi membeli karpet di sebuah kedai di Nilai 3.
Dia sebelum ini dikenakan kompaun berjumlah RM60,000 kerana gagal mengamalkan penjarakan zikal ketika majlis perkahwinannya dan merentas negeri ke Langkawi selepas majlis pernikahan mereka.
Bagi dakwaan melanggar SOP sambutan Aidiltri lalu, Neelofa dan sembilan lagi anggota keluarganya sudah memberi keterangan Ibu Pejabat Polis Brickelds, Kuala Lumpur, pada Rabu.
Must-Watch Video