Hiburan
"Saya Tak Pernah Tinggalkan Dia Seorang Diri" - Dugaan Bertunang, Risteena Resah Bila Berenggang Dengan Isa Khan
Pelakon Risteena Munim akui risau apabila terpaksa meninggalkan tunangnya, Isa Khan untuk menjalankan perniagaan mereka berseorangan.
Meneruskan tugas hakikinya sebagai pelakon, Risteena bimbang apabila perlu meninggalkan Isa seorang diri.
"Dugaan paling berat sepanjang bertunang ini apabila saya perlu shooting dan Isa kena buat bisnes sendiri.
"Biasanya kami ke mana-mana bersama, makan bersama, jumpa orang bersama, buat bisnes bersama.
"Saya tak pernah tinggalkan dia sorang diri," kongsinya kepada Gempak.
Bagaimanapun, Risteena yakin Isa mampu mengawal, menyelia dan menguruskan bisnes Lovit yang mereka jalankan bersama-sama sejak tahun lalu itu biarpun tanpanya di sisi.
"Tapi saya yakin Isa mampu uruskan bisnes kami sendiri walaupun saya sibuk di tempat shooting," tambah Risteena.
Baru-baru ini Risteena diraikan sempena ulangtahun perkenalan mereka menerusi hadiah sebuah kereta mewah jenis Audi A5.
Risteena dan Isa bertunang pada 23 November 2019 dan dijangka bakal mendirikan rumah tangga pada tahun ini.
Saksikan program yang menampilkan Risteena dan Isa Khan di Astro pada telefon pintar anda melalui aplikasi Astro GO. Muat turun aplikasi Astro GO di Google Play dan Apple Store sekarang.
Apapun, pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan 'sanitizer', kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah COVID-19!
Must-Watch Video