Pelakon Wanna Ali gembira kerana ibunya yang juga penerbit Pencil Pictures, Datuk Ayu Puteh memberi kebebasan kepada dirinya ketika berlakon.

Malah Wanna, 24, berkata Ayu Puteh seorang yang memahami dan memberi kepercayaan sepenuhnya untuk menjayakan sesuatu watak.

“Meskipun saya banyak membintangi filem terbitan Mama (ibu) saya, namun Mama tahu apa yang saya mahu serta memberi kebebasan pada diri saya untuk berkarya.

“Saya tak suka Mama ada di set penggambaran jika saya sedang beraksi. Jadi, Mama tidak akan berada di set.

“Ini kerana saya tak boleh fokus kalau Mama ada di set penggambaran," katanya kepada Astro Gempak.
Wana berkata demikian pada majlis pratonton filem terbaharu lakonannya, Autumn In Wales terbitan Pencil Pictures , baru-baru ini.

Selain Wana, Autumn In Wales yang ditayangkan bermula hari ini di Astro First turut dibintangi pelakon hebat lain seperti Keith Foo, Eyka Farhana, Jaa Suzuran dan ramai lagi.

Berkongsi mengenai pembikinan filem Autumn In Wales, Wanna berkata, filem itu menjalani penggambaran di Wales, United Kingdom (UK) serentak dengan filem Ada Apa Dengan Dosa.

Wanna akui ia cabaran buat dirinya untuk menjayakan dua watak itu dalam masa yang terdekat.

"Saya mengaku agak susah membawakan dua watak serentak. Apatah lagi watak saya menerusi Ada Apa Dengan Dosa, sangat berat disebabkan saya banyak menangis.

"Memang watak Aurora dalam Ada Apa Dengan Dosa dan Marrisa di dalam Autumn In Wales, sangat berbeza. Mujur watak Marrisa banyak persamaan dengan diri saya. Jadi, saya boleh bawa watak bersahaja.

"Alhamdulillah, dalam pada sukar untuk saya bertukar-tukar karakter, semuanya baik," katanya.

Autumn In Wales mengisahkan tentang Aira seorang gadis manja yang menanti detik bahagia bersama tunangnya, Darwish. Menjelang hari perkahwinan mereka, Aira telah pergi ke Wales untuk membuat kejutan buat Darwish. Ketika di Wales, satu insiden berlaku pada Aira dan Jaka a.k.a Jejaka Kacak berasal daripada pantai timur ingin memulakan hidup baru di Wales selepas berpisah dengan kekasihyang rupanya dua alam.

Langgan dan saksikan Autumn In Wales Di Pawagam Rumah Anda, Astro First bermula 24 Mac 2022. Untuk melanggan sila ke saluran 480 atau anda juga boleh strim di Astro Go atau On Demand.

Dengan hanya RM15, anda boleh menonton selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang. Ikuti info dan klip- klip menarik tentang filem ini menerusi akaun Instagram, Facebook, Twitter Astro Shaw dan Astro Gempak.